Bismillahirahmannirahim...
Kecantikan… adakah kecantikan seseorang terletak pada rupa paras? terletak pada bentuk fizikal? terletak pada warna kulit seseorang? atau terletak pada kedudukan keluarga yang kaya dan disegani?
Bagi saya, kecantikan sesorang terletak pada AKHLAK…
Jika akhlak cantik, maka cantik jugalah tutur kata.
Jika akhlak cantik, maka cantik juga pergaulan
jika akhlak cantik, maka ilmu juga cantik
jika akhlak cantik, maka darjat di sisi Allah juga tinggi
jika akhlak cantik, maka hatipun cantik
Bukankah akhlak mencerminkan kecantikan seseorang… sebab itu juga Rasulullah menyuruh kita setiap kali mengadap cermin ucaplah “Segala puji hanya bagi Allah, Ya Allah sepertimana engkau cantikan wajahku, maka cantikan juga akhlak ku”…
Jangan pandang kecantikan rupa paras seseorang, kerana ianya akan pudar. Tapi pandanglah pada akhlak, ilmu dan amal seseorang kerana akhlak yg baik akan menyelamatkan diri dari fitnah dunia, ilmu yg tinggi dapat menyelamatkan diri dari kegelapan kejahilan dan amal yang istiqamah akan dicintai Allah...wassalam..
No comments:
Post a Comment