Tuesday, November 30, 2010

Hari Ini Milik Anda..

Bismillahirahmannirahim...


Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat anda yang paling khusyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan, mengingati Tuhan dam mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, adik-beradik, ibu bapa, tugas-tugas dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.




" Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-'Araf : 144) "


Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian, pengkhianatan, kebencian atau sakit hati. Jangan lupa hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja atau belajar. 'Hari ini adalah milikmu'. Yakni, apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih terfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi tersebut dan masih ada dalam angan-angan.

Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini". Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.

Dan itu, akan membuat anda berkata dalam hati:

" Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saha; tidak bercakap kotor, tidak pernah mencela, mengherdik, mengejek, menyindir dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut. Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kesucian jiwaku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku "

Kerana aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin dengan penuh tumpuan, membekali diri dengan solat-solat sunat, berpegang teguh pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.

Aku hanya akan hidup hari ini!
Oleh sebab itu, aku perlu menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat tamak, hasad, riya', sombong, bakhil dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapapun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi mereka yang sesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang dalam kesulitan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang- orang alim, menyayangi anak kecil, dan berbakti kepada orang tua.


aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan :

" Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akann pernah melihatku termenung sedetik pun mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi "

" Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! MAka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti kerana esok hari mungkin tiada sesuatul esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tiada suatu pun darinya yan dapat disebutkan "


" Hari ini milik anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan" kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah menyenangkan.


dipetik dari buku La tahzan..

Buku ini byak memberi semangat dan memotivasikan diri. Setiap kali saya merasa tertekan, marah atau berada dalam situasi yang sedih, saya jadikan buku ini sebagai pembangkin semangat. 

ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju AKHIRAT yang sudah pasti

Friday, November 26, 2010

Al Quran menasihati... subhnaAllah....


ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 87


^_^
teguhkan lah dirimu dengan rasa ketakwaan dalam mengahadapi segala dugaan dariNya..

 

"Kerana Aku Wanita..."



kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya...


Thursday, November 25, 2010

cinta???




adakah tapak tanganmu berkeringat hatimu berdebar kencang
dan suaramu tersekat didadamu?
itu bukan cinta, itu SUKA...

adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
itu bukan cinta, itu NAFSU....

adakah kamu mnginginkannya kerana kamu
tahu ia ada disana?
itu bukan cinta, itu KESEPIAN

adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
itu bukan cinta, itu KESETIAAN

adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya 
kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
itu bukan cinta, itu BELAS KASIHAN

adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hatimu melompat?
itu bukan cinta, itu TERGILA-GILA

adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
itu bukan cinta, itu PERSAHABATAN

adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
itu bukan cinta, itu DUSTA..

adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
itu bukan cinta, itu KEMURAHAN HATI..

tetapi,
adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara
kesakitan dan kegembiraan yang membutakan, tak terfahami,
dan menarikmu mendekati...
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA....
adakah kamu tertarik dengan orang lai, tapi
setia dengannya tanpa penyesalan?
jika demikian, ITULAH CINTA

adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA..

adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA..

adakah hatimu gembira ketika dia bahagia?
ITULAH CINTA...

adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh 
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
yang demikian itulah namanya CINTA.....

Rasulullah Tersenyum Melihat Aisyah Cemburu




Cemburu. Satu perkataan yang sememangnya terjadi pada diri setiap insan yang normal. Orang tua kata cemburu itu tandanya sayang. Betul juga kata-kata ini cuma janganlah kita cemburu tidak bertempat dan melampau-lampau. Perasaan cemburu ini pun berlaku dalam kehidupan Rasulullah. Isteri baginda pun cemburu juga antara satu sama lain. Di antara isteri Rasulullah yang paling suka cemburu adalah Aisyah. Perkara ini wajar mengingatkan Aisyah memiliki tahap kecemburuan yang tinggi kerana beliau memperolehi tempat yang istimewa di sisi baginda setelah Khadijah binti Khuwailid yang menjadi isteri pertama baginda.

Di samping itu, Aisyah adalah satu-satunya isteri Rasulullah yang dinikahi dalam keadaan masih kecil. Beliau juga termasuk isteri yang cerdas dan banyak membantu baginda apabila menghadapi masalah yang sukar, sehingga wajar apabila kelebihan-kelebihan ini menjadikan Aisyah istimewa di sisi baginda maka beliau sangat pencemburu.

Kerana sifat Aisyah yang terbuka dan cenderung keanak-anakkan dan kurang boleh menguasai perasaannya, itulah yang membuat Rasulullah suka bercanda dengan isterinya yang mungil itu. Emosi Aisyah akan nampak apabila beliau sedang cemburu. Kecemburuan seorang wanita terhadap suaminya adalah menunjukkan kadar cintanya terhadap suaminya sangatlah tinggi.

Beberapa saat menjelang wafat Rasulullah, baginda berziarah ke perkuburan Al-Baqi' untuk memanjatkan ampunan bagi semua penghuni kubur itu. Esoknya, Aisyah mengeluh kepada baginda kerana kepalanya terasa pening. Demikian juga Rasulullah merasakan sakit kepala. Maka baginda berkata kepada Aisyah: "Wah...kepalaku juga pening Aisyah." Namun berulang-ulang Aisyah masih mengeluhkan pening kepala, sehingga dengan bercanda Rasulullah berkata kepada Aisyah: "Apa salahnya wahai Aisyah apabila engkau mati sebelum aku?" Aku sendiri yang akan menguruskan jenazahmu, mengkafankanmu, mensolatimu dan mengkuburkanmu."

Mendengar perkataan demikian daripada Rasulullah, muncullah rasa cemburu Aisyah, beliau terus berkata kepada baginda: "Biarlah itu terjadi pada yang lain sahaja. Demi Allah, seandainya itu terjadi dan anda melakukan semua yang disebutkan, anda akan kupertemukan dengan beberapa isteri anda di rumahku."

Mendengar perkataan isterinya, Rasulullah hanya tersenyum lembut. Baginda sangat memahami apa yang tersirat di fikiran Aisyah setelah mendengar gurauan baginda. Beberapa saat kemudian rasa pening Rasulullah hilang, sehingga baginda dapat berkeliling menggilir isteri-isterinya. Namun kemudian sakit baginda datang lagi apabila tiba di kediaman Maimunah, salah seorang isteri baginda. Dan itulah rupanya sakit terakhir baginda dan gurauan baginda yang terakhir dengan Aisyah, kerana tidak lama setelah itu, baginda wafat di kediaman Aisyah r.a.

Begitulah sikap Rasulullah terhadap sesiapa sahaja di sekeliling baginda. Apa yang berlaku pada baginda, masih tetap menerimanya dengan melontarkan senyuman lembut tanpa ada perasaan terguris hati atau marah. Banyak lagi kisah-kisah seperti ini dalam buku: Senyuman Rasulullah Menambat Hati Para Sahabat. Semoga kita dapat mengikut sunnah Rasulullah ini. Senyum-senyumlah wahai sahabat-sahabatku. 'Senyum itu Sedekah'.
 

Makna Air Mata Insan



Ok. Bila bab sedih mesti nangiskan. Kalau dah nangis mesti keluar air mata. Tak kisahlah lelaki ke perempuan kalau nak nangis, nangis je. Apa salahnya bukannya matipun kalau nangis. Tapi kalau menangis kerana Allah lagi bagus. Ingatkan diri sendiri. Ini tak tengok cerita sikit pun nak nangis . Sebenarnya nak kongsi dengan para sahabat dan untuk mengingatkan diri sendiri. Sedar atau tidak menangis adalah satu sifat yang menjadi garis pembeza antara manusia dengan makhluk lain. Saya baru terfikir haiwan menangis tak? Tapi selalu juga dengar pasal penyu menangis. Tak faham ni kena rujuk zoo ni.


Menangis tidak hanya berkaitan dengan kesedihan malah juga kebahagiaan. Ia adalah sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah SWT  secara fitrah kepada manusia. Air mata itu datang dari kelenjar air mata yang terletak di atas kedua-dua mata dan di bawah tulang dahi. Adapun jumlah pembuluh yang mengarah ke mata adalah sekitar 12 pembunuh. Air mata mengandungi peratusan garam yang cukup tinggi. Pernah juga rasa air mata...masin! Tapi tak leh la letak sebagai perasa dalam gulai. Confirm tak masin
Rasanya menangis ni penting ke tak?
Menangis  adalah merupakan keharusan  bagi lelaki atau perempuan, sebabnya banyak faedah dari sudut kesihatan bila menangis ni. Jangan ingat dengan menangis ini maknaya seseorang itu lemah dan tidak dewasa. Tapi kalau menangis 24 jam tu bahaya juga. Jangan salah faham. Nanti kering air mata, susah bebola mata nak bergerak.

Terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan menangis, antaranya:

1. Menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.

2. Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.

3. Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya sehingga akan muncul perasaan tenang.

4. Apabila anda berada pada satu ketika di mana menangis dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, jangan ragu-ragu lagi menangislah. Ada satu kajian yg mengatakan perempuan yang memendam perasaan menderita sakit radang usus besar dan luka pada perut. Ini kerana mereka menganggap bahawa dgn menangis menandakan lemahnya keperibadian. Ini berbeza dengan mereka yang tidak terkena penyakit ini kerana menganggap menangis suatu yang semulajadi jika dilakukan pada keadaan yg dibenarkan.

5. Menangis amat berguna pada emosi kita. Yang salahnya apabila kita mengekang keinginan menangis ketika kita dihadapkan pada keadaan yang mengharuskan kita menangis.

6. Air mata dapat membersihkan mata. Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebabkan berbagai penyakit.

Akhir sekali ...saya coretkan beberapa kata-kata dalam buku ini yang saya rasa dalam maknanya dan penuh bererti....

Air Mata Terindah

1. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
2. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
3. Air mata terindah mengalir kamu mengusir kawan-kawan yang berperangai buruk.
4. Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
5. Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
6. Air mata terindah mengalir semasa kamu rukuk.
7. Air mata terindah mengalir semasa kamu menolong kesedihan manusia.
8. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama berpisah.
9. Air mata terindah mengalir semasa kamu mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi.
10. Air mata terindah mengalir semasa kamu solat di Masjid al-Aqsa.
11. Air mata terindah mengalir semasa kamu meperolehi redha kedua-dua orang tua mu.
12. Air mata terindah mengalir semasa kamu berpuasa dengan benar.
13. Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah SAW.




Aku menangis semasa persahabatan yang murni menjadi satu kemustahilan
Aku menangis semasa keikhlasan berubah menjadi pengkhianatan
Aku menangis semasa aku melihat keadilan dianggap tindakan memalukan dan tindakan menindas dianggap sebagai undang-undang.
Aku menangis semasa ajaran agama kita dan nilai-nilai luhur budaya kita mengalami kemunduran.
Manusia..permulaanya dengan tangisan...pengakhirannya juga tangisan.
Aku menangis...adakah tangisan itu cukup? Bukannya cukup untuk mandi tapi cukupkah untuk meratapi pelbagai dosa yang dilakukan. 

Wednesday, November 24, 2010

..Allah, Engkau dekAt..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t..
 
 

Allah, Engkau dekat
memakbulkan hamba-hambaMU yang meminta
maka untuk kali ini
dan kali-kali yang seterusnya
makbulkanlah doaku
tetapkanlah langkahan ku di jalan ini
meski aku harus menjual dunia
dan seluruh isinya
untuk membeli sebuah kehidupan kekal abadi

Ya Allah, Engkau dekat,
lebih dari urat darahku sendiri
pacakanlah kakiku mengikuti jejak generasi terdahalu
yang dalam senyum
meraikan perjumpaan denganMU

Allah, Engkau dekat
rahmati kedua ibu ayahku
berkati mereka dengan kasih sayangMU
panjangkanlah umur mereka dalam kebaikan
sampaikan sayangku buat mereka

Allah, Engkau dekat
Redhai aku sebagai hambaMU
hitunglah setiap jerih payahku
agar menjadi saksi di kala bertemuMU
permudahkanlah urusanku
kerana sesungguhnya aku ingin menjual kecintaanku
demi hidayah ini

Sesungguhnya Engkaulah yang memegang ubun-ubun kami
segala urusan berbalik padaMU
teguhkan hatiku
tegakkan langkahku
hilangkan ketakutan dari dadaku
lenyapkan keraguan dari segenap pembuluh darahku
permudahkanlah ya Allah
kerana Engkau juga memegang hati mereka

hidayah itu tetap milikMU
 
 

..ANTARA LALAI DAN SEDAR..


Golongan lalai mengatakan begini:

Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri,pada malu dan kebekuan,
pada hidup bersama famili, dan bukannya hidup orang berhijrah dan terusir
Pada berjalan di belakang kenderaan; mewah dan dengan langkah yang longlai,
Pada ikut sahaja ape yg orang katakan, tanpa tentangan dan konfrontasi
Pada ikut sahaja sahaja ke mana rombongan bergerak, kamu dipimpin, bukan memimpin,
Pada hanya bersorak utk setiap pemerintah; hidup kamu...selama-lamanya...

Dan beginilah harusnya kita berkata:

Hidup ini adalah gerakan, bukan diam dan bukannya beku,
Hidup ini adalah bersungguh-sungguh, akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati lazatnya susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur.
Ia adalah membela hak,merdekakah orang yang tdk membela haknya?
Hidup adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah.
Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah dibumi, tugas kamu memimpin,
Kami bole berkata "NO" dan "YES", apabila kamu mahu
dengan pandangan yang tajam..

~Yusuf al qardhawi~

Sunday, November 21, 2010

The Memories Won't Fade Away



Assalamualaikum.... ini khas buat semua yg mengenali diri ini.. terima kasih kerana sudi menjalinkan ikatan persahabatan dan semoga hubungan ini berkekalan dan diredhai Allah...amiin.. barakallahu fik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...