Tuesday, November 20, 2012

Dalam Diamku

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
 
 
Dalam diamku,
terselit sebuah rindu..
Merindukanmu untuk menjadi bakal IMAMKU,
Merinduimu agar kau bisa menjadi MUJAHIDKU,
Yang siap bila diseru ke jalan JIHAD..

Diam,itulah caraku mencintaimu krnaNya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak dinodai oleh nafsu.

Diam,itulah caraku mencintaimu krnaNya.
Mengharap ketakwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam,adalah caraku mencintaimu krnaNya.
Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,adalah caraku mencintaimu krnaNya.
Mengharap keredhaanNya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu krnaNya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.

Aku tidak marah,aku tidak cemburu karena kau bukan hakku..Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku.Ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau.Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku.bila ada siraman Redhanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada yang lain yang lebih baik dariNya..jadi walau aku cinta dan aku putuskan utk diam,biarkan Allah yang maha Kuasa mengaturNya.Sekian, wassalam... ;)

Monday, November 19, 2012

Selamatkan saudara kami...

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...

Luahan hati seorang sahabat saya:
Waktu tu, kami tgh lepak dalam bilik sambil layan laptop..
 "Sejak peristiwa Gaza minggu ni, seolah-olah jadi wake up call kat saya. Saya tengok diorang kat sana, terus rasa kesian. Lepas tu bila fikir-fikir balik, saya rasa saya tak patut kesian sebab diorang dah gerenti dah dapat syurga.

 Saya ni pulak, camne?"
...

Sahabat aku tiba-tiba diam. Saya pun pelik. Rupa-rupanya dia sedang menangis. Hati saya tersentak.

Kemudian dia sambung:

"Every time benda-benda macam kat Syria, Gaza and Palestine ni timbul, baru la saya nak terasa. Saya tak nak semangat ni jadi bermusim."

Allah...

Semoga setiap titisan air matamu menjadi saksi di hadapan Allah nanti wahai sahabat. Amiinn.

Kita bantu saudara kita di sana, tapi usah kasihan kepada mereka. Kasihanlah kepada diri kita. Kasihanlah kepada ummah kita...

Pray For Gaza


Saturday, April 7, 2012

Langkah Seorang Hamba

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur, ALLAH masih memberi nikmat nyawa buat kita. Direnung sejenak jam di screen laptop, sudah menghampiri jam 2 pagi. Terasa mahu mencoretkan sesuatu di blog ni. Bumi tika ini terasa bahang kedinginannya, malam makin diulit kepekatan hitam dunia, kedengaran siulan cengkerik yang menghiasi sepi malam.

"Dingin yang membelit jiwa ni nikmat ALLAH juga kan?"
Berbual panjang bersama adik2, Aqim dan Aniq. Langsung tiada sedar sudah lewat malam rupanya. Alhamdulillah, sekali-sekala meluangkan masa dan berkongsi cerita serta rahsia bersama adik. Bukan selalu dapat peluang macam ni, sebab jarang lelaki nak kongsi2 rahsia dengan kakaknya sendiri... bila ALLAH dah izinkan masanya, haruslah gunakan kesempatan baik-baik. Time ni lah nak mainkan peranan sebagai kakak sebetul-betulnya. Nak menelusuri hati seorang remaja yang meningkat dewasa.(erk, saya masih muda keyh...hehe..tua beberapa tahun je...hehe) Barangkali berbagai persoalan hidup bermain dibenaknya. Tak lama lagi masing-masing bakal membawa haluan ke arah mencapai cita-cita dan matlamat hidup masing-masing. Keterbatasan waktu mungkin akan menjadi sedikit halangan dalam nak berkomunikasi nanti. Yup, betul kata salah seoarang guru kaunseling saya satu masa lalu, menulis sesuatu di kertas, atau sms tidak sama seperti berdepan face to face. Bila bersemuka, lebih mudah rasanya untuk diselami hatinya. 

Bukan mudah menjadi seorang KAKAK. Hanya orang yang kedudukannya di tempat KAKAK @ anak pertama sahaja yang tahu bagaimana perasaannya. Tanggungjawab agak berat. Kadang-kadang kitalah umpama ikon bagi adik-adik ni. Sudah pasti contoh dan akhlak yang baik patut kita tayangkan pada mereka. Seorang kakak juga adakalanya terpaksa berkorban demi kepentingan adik-adik. Saya jarang nak bersesi "Luahan Hati" dengan adik-adik saya. Oleh kerana saya merupakan anak perempuan tunggal, jadi tidaklah terlalu rapat dengan mereka. Sebab minat yang berbeza sedikit, takkan lah nak join main bola kot..hehe.. Tapi, itu bukanlah alasan untuk saya tak ambil kisah akan perihal mereka. Perasan tak, kadang-kadang kita lebih rapat dan selesa bercerita masalah kita pada kawan-kawan berbanding dengan adik-beradik kita. Betul tak?

Malam ni bila berbual panjang, menutur apa yang terbuku dihati, rasa lebih indah kasih sayang tu. Bergelak ketawa bersama. Berkongsi bicara dalam nak membuat pilihan hidup dan macam-macam lagi lah. Alhamdulillah, atas izinNYA juga. Dicatur-catur akan detik waktu yang berlalu, ALLAH. Pantas bukan? Dah masuk bulan April dah. Merenung seketika, masa yang berlalu adakah terisi dengan "hal-hal" yang sepatutnya. Taknak jadi macam tin kosong, tiada isi namun bising sekali. Entah dari mana ayat ni saya terbaca. Dan kalimat itu acap kali berterbangan di minda.

"Perasaan "berdosa" itu, nikmat. Sebahagian dari anugerah juga. Lagi nikmat, kalau kita sedar yang perbuatan kita itu satu dosa. Dan, mengubahnya!"

Adakalanya, saya terfikir juga untuk delete blog, biar diri menjauh seketika. Adanya rasa malu menjengah, bila diri sekadar melontarkan luahan hati yang entah apa-apa, melekakan pembaca dan sebagainya. Hmm... maaf..

Bila akhlak tak terjaga, iman pun perlahan-lahan akan jatuh. Kesannya pada amal. Seruan kebaikan kita tak diendahkan, kata-kata kita tak dirasai ke hati. Sedangkan makin dekat seseorang dengan ALLAH, makin dia jaga taqwanya. Berhati-hati dan sensitif agar tak mengeluarkan sesuatu yang tak bermanfaat. Dijaga hatinya. Mujahadah ini ternyata perlukan pengorbanan luar biasa. Makin hari, makin rasa sukar. Makin rasa payah. Sungguh, banyak sangat kelemahan diri. Kadang-kadang, sampai tak tahu nak betulkan yang mana satu dulu. Berlawan dengan kehendak hati, dan sungguh proses memperbaiki diri sangat menyakitkan. Harus kuat. Cekal. Paling penting, berani untuk berbuat. Saya cemburu pada mereka yang kuat.
Hermm...

Bagaikan tomyam yang menggelegak di dalam periuk, begitulah hati manusia. Pelbagai rasa dan warna, berbolak-balik, berubah-ubah. Itu sifat kehidupan. Tiada yang statik. Jika kita rasa tidak mahu ke depan, sebenarnya kita telah ke belakang. Jika kita rasa tidak mahu ke belakang, kita sudah pun melangkah ke hadapan. Kita hanya ada masa sekarang. Masa lalu yang mungkin sekali kelam dan masa hadapan yang masih samar, tidak ada gunanya untuk kita berasa emosi akannya. Masa lalu diteruskan muhasabah, masa hadapan diteruskan perancangan dan usaha.

Seperti tulisan Dr Aidh dalam bukunya;La Tahzan,

“HasbunAllah Wani’mal Wakeel.”

Dengan ayat ini, api menjadi sejuk buat Nabi Ibrahim, pertolongan ALLAH tiba buat Rasulullah di Uhud. Bayangkan, seorang bayi kecil. Tak ada kerisauan dalam hidupnya selagi ibunya ada di sisi. Lapar menangis, sakit merengek. Ada yang tolong risaukan, tolong selesaikan masalahnya. Ibunya tempat bergantung. ALLAH kasihkan kita lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya. Berapa ramai daripada kita dijemput pulang oleh ALLAH? Dijemput pulang ke jalanNYA, bertemu kasihNYA dan hingga mampu berasa rindu dan ingin
berjuang di jalanNYA? Bersyukurlah!

Mohon doa yang banyak dan tak putus-putus supaya tetap di atas jalanNYA. Sesungguhnya keindahan dunia itu benar-benar mempesonakan melainkan buat mereka yang telah terpukau dengan janji abadiNYA di sana. T_T
Sirru'alabarakatillah...
Buat adik-adikku,
Terkadang gusar menyapaku. Apa hujungnya kisahmu. Apa kau akan terus mendaki puncak cintaNYA atau kau lemas dalam dakapan dan pujian manusia-manusia. Apa kau terus berpegang pada taliNYA atau kau hilang dibalik timbunan kata-kata kosong yang hanya khayalan dan perjidalan yang tiada henti. Namun aku tahu antara kau dan aku ada Pemilik Alam Semesta yang mengatur perjalanan kita semua. Aku yakini Al-Wakeel akan memelihara kalian. Aku serahkan kalian dalam jagaanNYA. Memang seumur hidup kalian pun, bukan saya/kakakmu ini yang menjagamu. Saya hanya orang yang akan memerhati dari jauh. Selama kalian dan saya punya matlamat yang sama, selama itu kasih ini tiada putusnya..Wassalam...
 

Monday, February 13, 2012

Iktibar dari sesuatu...=)

Assalamualaikum...
lama tak buka blog.. sbb? errrmmm... ntah lah, tak tau nak tulis ape2 kot...hihi..psssstttt... hari ni nak share sesuatu..hehe..

ada lah hari tu, terjumpa sesuatu yang menusuk sampai ke hati dan smpai terbawa2 hingga ke hari ini.. InsyaAllah, semoga sampai bila2...amiin..

yang ni lah saya jumpa...



so, dah boleh faham apa yang saya nak kongsikan...hehe.. erm, jd tak perlu lah nak taip panjang2 kan?? sbb saya sekarang rasa malas sedikt..haha.. tak de lah, gurau je..hihi.. ayat dalam gambar ni mudah je kan, tapi mendalam maknanya.. yelah, orang zaman sekarang, erm, senang cite, saya sendiri lah.. ada cerita sikit, nak share kat fb.. kalau sedih, mula lah post ayat2 yang sedih.. kalau happy pulak, berbunga2 lah ayat tu.. ermm.. apa tujuan sebenarnya??huhu... terasa sungguh banyak yang kurang dalam diri ini..

sepatutnya kalau kita sedih ke, happy ke, atau apa2 jua emosi dan perasaan.. hanya pada Allah... ceritakan pada Allah dulu.. letakkan Allah dalam setiap saat yang ada dalam diri.. setiap nafas dan setiap denyutan nadi kita... saya berterima kasih sangat2 kat orang yg buat gambar ni, atau yg share kan nya sampai lah saya terjumpa nya... terima kasih banyak2.. =) kerana membuka hati dan akal ini untuk berfikir.. =) mungkin inilah salah satu nya cara Allah membuka hati saya..sekian... wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...