Thursday, December 30, 2010

Apakah??hehe

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...




Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari Tuhan....
renung2kan.... ^____^

Khas buatmu...

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.. yang ni khas dan teristimewa buat kamu yang selama ini telah banyak memberi sokongan dan hikmah kepada diri yang lemah ini..terima kasih atas nasihat dan perhatian yang diberikan...doakan saya kuat di mana pun berada..jaga diri kamu di sana.. syg kamu..dan saya minta maaf kalau saya tak dpt nak menunaikan hak sbgai seorng teman dan andai kata spanjang perhubungan ini, ada yang terluka dan dilukai dek kerana sikap saya...maaf..maaf..maaf...


terimalah...


Dikau hadir
Dikala aku memerlukn seorg teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa


Ku terima segala
Apa yg diperduga
Dan kini aku bersedia
Hadapi hari muka


Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria


Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba






Awak byak memberi semangat kepada saya..Amat saya hargai.. dan awaklah org pertama yg dgar saya menangis..saya akui saya jenis yang ego dan keras hati, amat susah utk saya menangis dhadpan org..walaupun selama ini saya selalu bagi nasihat kat kwn2, mungkin sebab saya dulu ahli Pembimbing Rakan Sebaya..tp saya sebenarnya sgt lemah..  semoga ukhwah kita kekal selamanya..amiin..andai ditakdirkan kita perlu berpisah, biarlah maut yang mampu memisahkan kita.. saya syg kamu kerana Allah.. kamu adalah sahabat  dari darjah 6 dan teman saya dan sekarang kamu adalah pemberi semangat kepada saya.. bkan kamu saja tp utk semua sahabat2 saya, biarlah maut yg pisahkan kita... saya hargai setiap perkenalan dgn anda smua..=)(jodoh itu rahsia Allah.. bersabarlah menanti jodohmu)..hehe.. ayat yg sungguh indah..sungguh tidak pernah terlintas di fikiran saya akan semua ini..sungguh saya tidak pernah kisah akan awak sebelum ini.. jahatkan??hehe.. tapi seperti yg awak bagi tahu, semuanya ada hikmah.. ya, memang benar, semuanya ada hikmah.. andai awak hadir awal, mungkin saya akan kasar dgn awak kerana satu prinsip saya, spm dulu...siapa sangka ukhwah yg pernah renggang slpas drjah 6 kini kembali dgn lebih erat..sungguh saya tidak ambil kisah akan awak dr darjah 6, sedangkan awak??huh.. maaf ya... =')terima kasih kerana awak tetap menyokong saya..tidak mudah utk saya lembut dgn mana2 org..hehe..ksian awak..hehe.. huh, I lost my word..hehe..wahai blogku, mungkin lepas ni, saya jarang on9..begitu juga utk fb..hehe.. bubbye..hehe..wassalam..

Sunday, December 26, 2010

Kenapa Tidak??

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t...


:) Hanya mampu tersenyum dalam segala hal. Senyumlah wahai hati, moga kembang subur bunga-bunga hiasan di taman larangan.

Jom praktik, muhasabah diri..

Jika virus dalam laptop, komputer seringkali kita update, KENAPA TIDAK DIRI INI?
Jika telefon bimbit sentiasa terisi, di top-up selalu, KENAPA TIDAK DIRI INI?
Jika perut lapar, pastinya sentiasa terisi, KENAPA TIDAK DIRI INI?

KENAPA TIDAK DIRI INI yang selalu diupdate dengan ilmu Ilahi,
KENAPA TIDAK DIRI INI yang di top-up dengan ibadah wajib dan sunat,
KENAPA TIDAK DIRI INI yang sentiasa terisi dengan mengingati Pencipta bumi,
Ya, tidak salah juga jika mengingati MATI,
Kerana hidup ini tiada yang abadi.

Jom kongsi 3 Sifat Ahli Syurga :

• Memaafkan orang yang melakukan kezaliman kepada kita.
• Bersedekah kepada orang yang bersifat bakhil.
• Membantu orang yang melakukan kesalahan kepada kita.

Di ambil daripada Kitab Tambihul Ghafilin.

KENAPA TIDAK?

Waallahua'lam.hehe... tak boleh dibiarkan lama mengadap laptop ni.. makin byak nak ditulis.. takut nanti mula mengarut ntah pa pe...hehe.. owkey.. cukuplah utk hari ini.. InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya tulis lagi.. wassalam..

Thinking of some....thing or one?? erk..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...Hmm.. dah malam tapi mata ini masih belum mengantuk.. I’m thinking of something.. ke someone ni? Huhu.. xde pape lah.. Sambil dengar lagu Permata Yang Dicari by DeHearty buat hati ni fikir sesuatu. Huhu.. Let’s keep it as secreto de amor...hehe...

Nak citenye, malam ni rase macam sunyi dan sepi je. Kalau disiangnya saya sibuk dengan segala macam kerja nak dibuat tapi bila malam je rase macam sunyi. Ape tande? Takde ape2 tande..huhu..

Hm2.. tak tahu nak tulis ape.. just enjoy the silent.. huhu.. Biar lah Allah je tahu what I feel rite now.. daaaa…. Salam..

Key???

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t...

As a student, we usually feel very satisfied when we achieve an excellent result.
But how the 'excellent' result was obtained?

By studying until 2 or 3 o'clock and then let the Subuh prayer gone?
Or by reading the notes until forgot to recite the Quran?
Or keep on study although the azan was heard?

If these types we study to get the result, the biggest question.
Is HE satisfied?
Is ALLAH satisfied?

Think about it!
Yes, we want to achieve our goal, highest aim in life.
We dream, obsess to a successful life.

But how we go through it?
There are many way, we have to choose..
Allah's REDHA still the priority to become the best servant.

InsyaAllah.
We try, to complete the entire part..Allah's there to complete it.
Doa and TAWAKKAL, keys of success!

InsyaAllah.
Waallahua'lam...

Friday, December 24, 2010

^_^

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t...

Pernah sekali, saya rasa cukup sakit, rasa tak tertanggung dengan ujian yang bertimpa-timpa hingga tersungkur, lebat air mata membasahi sejadah, mengadu kesakitan pada DIA..Terasa itulah saat paling bahagia kerana hati merasakan DIA mendengar luahan saya..Pencipta Yang Maha Hebat,Maha Agung itu mendengar rintihan seorang hamba yang kerdil..Tidak puas, saya membelek-belek hadiah dariNYA, surat cinta Pencipta untuk hambaNYA.. Lalu saya temui ini:

"Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.."
(Ali Imran:139)

Saya silap,DIA bukan sekadar mendengar tapi DIA juga membalas..DIA berbicara dengan saya.. Saya pandang sekeliling, sahabat bahkan orang terdekatsaya sendiri tidak mengetahui keperitan yang saya sedang alami sekarang..Tiada siapa yang perasan kesakitan ini,tapi DIA..DIA menyelam terus ke dalam hati saya, menzahirkan pujukan-pujukan yang manis-manis...Dan mengingatkan dengan ayat-ayat yang mengetarkan hati..Saya tak kan pernah rasa semulia ini jika saya tak kenal islam,saya takkan pernah rasa sekaya ini jika saya tak kenal islam, saya takkan rasa setenang ini jika saya tak kenal islam, saya takkan rasa sekuat ini tanpa mengenali islam, saya takkan rasa disayangi sebegini jika saya tak kenal ALLAH...Lalu pantaskah untuk seorang muslim merasakan dirinya hina kerana dia islam??..Rasailah izzah dirimu sebagai muslim atau muslimah, bangga melakukan suruhan Allah, bukan untuk riak tapi untuk menunjukkan kepada manusia inilah undang-undang terbaik di metrospace ini..

Istiqamah...

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t..

Tetiba rase nak tulis ni..
Susahkan nak mula buat sesuatu,
susahkan nak mulakan langkah pertama tu,
susahkan nak totally discaj dr perangai jahiliah,
susahkan nak pertama kali merasai sume pengalaman di tarbiyah?..

Yeay betul, sume ni memang susah,
payah nak mulakan the first step,
because we've never experience it,
and donno what to expect..

BUt despite of all this,
something is more difficult is to proceed what we've start..
Keep it maintain,
istiqamahkan sesuatu tu,
lagi susah dr nak mulakan..

Kenapa?
sebabnya istiqamah itu iman,
sedang iman kita naik dan turun..

The only factor that can keep us istiqamah is our iman,
not external factors such as friends, condition, and environment..

The inner factors that keep us istiqamah,
because istiqamah is iman..

That y people hard to accept,
when they are being accused as "futur"..
Because only we know when we cant istiqamah,
only we can feel how's the condition of our iman..
But the condition of iman is potrayed outside,
because iman itu berbuah pada amal,
that y when we are being accused as "futur"
we should muhasabah our iman,
because the people arround us can feel our "futur"..

May Allah help us to istiqamah..
dalam amal riang2 kita..

Monday, December 13, 2010

Harga Sekuntum Cinta - Far East



Pada redup renung dan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

~~~~~~~//~~~~~//~~~~~

Lagu ni adalah antara lagu kesukaanku. Sedap lagu ni! Lirik yang disampaikan penuh dengan kebenaran reality hidup sebenar.Inilah kehidupan… penuh dengan liku! lebih2 lagi bila berkaitan dengan ‘CINTA’… penghujung yang tak seindah dalam angan kita…. kita tak suka tapi terpaksa sukai sebab inilah Qada dan Qadar kita… terima dengan redha walau bukan berpihak pada kita…moga kesedihan yg dialami dibalas dengan ‘seribu kebahagian’ kelak… amin…

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai…

Aduhai Lidah oh Lidah.....

“jgn pandai ckp ja tp perlakuan sbliknya………”

Emmm, sedih juga ye bila kita bagi seseorang nasihat atau teguran.  Tapi akhirnya kata kata dkt atas tu pulak yang dia balas. Kekadang saya tak faham, napa ada sebahagian manusia ni suka sgt fikir ‘–ve’  pada org lain. Niat kita hanya nak membantu utk meleraikan sesuatu masalah.. kalau tak dapat nak selesaikan cukuplah utk jadi teman bicara agar masalah yg ditanggung tu akan ringan sedikit dekat kepala…  atas wujud naluri kemanusiaan ni, maka secara spontan beri nasihat dan cadangan tapi lain plak dibalas dengan kata yg betul2 menyakitkan hati…sabar je lah..
Sebelum mengeluarkan kata2 yg anda belum fikir samaada buat org terkilan dan terasa, baik senyap je… LIDAH tuh TIDAK BERTULANG,  NAMUN LEBIH TAJAM MENGALAHKAN SEBILAH PISAU!! So berwaspada sebelum mengeluarkan kata2 dlm hati sndiri…
Pada org yg meragui apa yg saya cakap dan tulis… takpe, hanya Allah yg tahu sejauh mana perjalanan seharian yg telah saya buat…=)..jgn mudah tuduh org tanpa kenal diri sebenar org tersebut….
 “belajar utk pandang +ve org lain… jgn terus menuduh sebaliknya… kan dosa tu.., sedangkan anda tak tahu sejauh mana kehidupan sebenar org tuh… apa yg berlaku sekiranya kata2 anda tadi bertentangan dgn kehidupan rutin seharian org tuh???  Sudah sanggup terima balasan atas mudahnya lidah mengeluarkan kata2 yg tidak baik????…”
xpe.. anggap dan tanam dlm minda, semua yg berlaku hanyalah ujian semata2 dari-NYA…
so, kita akan lbh tabah menghadapi setiap mslh terutama mslh yg berkait dengan sesama insan ni…=)

Cantik???

Bismillahirahmannirahim...
Kecantikan… adakah kecantikan seseorang terletak pada rupa paras? terletak pada bentuk fizikal? terletak pada warna kulit seseorang? atau terletak pada kedudukan keluarga yang kaya dan disegani?
Bagi saya, kecantikan sesorang terletak pada AKHLAK…
Jika akhlak cantik, maka cantik jugalah tutur kata.
Jika akhlak cantik, maka cantik juga pergaulan
jika akhlak cantik, maka ilmu juga cantik
jika akhlak cantik, maka darjat di sisi Allah juga tinggi
jika akhlak cantik, maka hatipun cantik
Bukankah akhlak mencerminkan kecantikan seseorang… sebab itu juga Rasulullah menyuruh kita setiap kali mengadap cermin ucaplah “Segala puji hanya bagi Allah, Ya Allah sepertimana engkau cantikan wajahku, maka cantikan juga akhlak ku”…
Jangan pandang kecantikan rupa paras seseorang, kerana ianya akan pudar. Tapi pandanglah pada akhlak, ilmu dan amal seseorang kerana akhlak yg baik akan menyelamatkan diri dari fitnah dunia, ilmu yg tinggi dapat menyelamatkan diri dari kegelapan kejahilan dan amal yang istiqamah akan dicintai Allah...wassalam..

Thursday, December 9, 2010

Aku Cuma An-Nisaa


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
p/s: Terasa diri ini tidak layak untuk syurga-Mu, tetapi diri ini tidak pula sanggup untuk ke neraka-Mu. Ya Allah terimalah taubat hamba-Mu ini...Semoga diri ini terus istiqamah dalam jalan menuju-Mu. Semoga ibadahku diterima Allah...  dan hidup dan matiku hanyalah kerana Allah.... Imanku mudah rapuh ya Allah.. walau godaan cuma menjentik sedikit aku mudah goyah... lindungilah aku ya Allah.. hanya kepadaMu ku berserah..
Amin Ya Rabbala'lamin...
Syukran jazillan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...