Friday, December 16, 2011

Masih dalam proses muhasabah diri...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Kesihatan yang memuaskan..Kehidupan yang memuaskan.. Meniti minggu akhir sebelum masuk tahun baru yang dilalui dengan aman dan damai (InsyaAllah).. Mustahil tiada ujian yang menimpa diri Aweyn..mustahil tidak ada kesusahan yang mendatang, tapi semua jd 'senang' dan 'tenang' jika kita letak Allah di depan...  Alhamdulillah....=)


Semalam Aweeyn di 'datangi' BUZZ dari seseorang yang tidak dikenali dan tidak mahu mengenal diri.. Aweyn tak kisah, tak ada masalah..=)...tapi perkongsiannya itu menarik dan membuat diriku ini tertarik( tertarik pd perkongsian)...


Tulisan dari Anonymous itu byk memberi inspirasi pada diri ini..tersentap pd hati, mendayu pd jiwa... Bukan diulit dengan kata cinta tp dinukilkan dgn 'puisi' jihad yg membara..seorang yg merindui kasih dan cinta Ilahi..


Terlupa utk save kata katanya.. tp aweyn teruja dgn nukilannya..sesiapa pun anda, terima kasih saya ucapkan, tanda penghargaan atas perkongsian yg bermakna.. Alhamdulillah.. berjumpa di YM..dan tamat di situ...


melarikan diri sebentar.. utk muhasabah diri.. dan mencari sedikit ketenangan di hati..(nasb baik x tergelincir)huhu..

Aweyn teringat satu ayat, tp maaf lupa sumbernya... ini pun ingat ingat lupa.. Di mana letaknya matlamat kita yang akan datang, bermula dgn keadaan kita hari ini.. Di mana posisi kita akan datang, bermula dengan bagaimana kita hari ini..Jika mendambakan peneman hidup yang cinta akan perjuangan, perlu dilihat pada diri sendiri, sejauh mana kecintaan kita pada perjuangan..berjuang mendapatkan cinta Ilahi.. Kalau agenda pun 'liat' nak buat, tak perlu bercakap soal jihad..


Tinta yang menarik daripada Anonymous yang paling terkesan di hati Aweyn, "Allah hadiahkan Khadijah buat Muhammad, Allah hadiahkan Aisyah buat Muhammad, begitu juga isteri isteri yang lain..Allah hadiahkan Fatimah buat Ali dan Allah hadiahkan Sumayyah buat Yasin..Bertuahnya muslimat yang dihadiahkan Allah buat mereka yang bukan calang-calangnya. Moga anti juga salah seorang daripadanya.."


Hati Aweyn sungguh tersentap, terharu dan macam-macam lagi... syukran kerana sudi mendoakan Aweyn..begitu juga buat kamu.. smoga anda juga salah seorang daripadanya... Ya, Aweyn juga mahu menjadi bidadari.. Bidadari kepada seorang pencinta Ilahi.. Bidadari bukan untuk dunia semata mata tetapi untuk akhirat jua..InsyaAllah..amiin.. Aweyn masih dalam proses muhasabah diri.. mencari identiti diri yang sbenarnya.. kerana hati ini masih merasa ada kurangnya.. ya, kurang dlm mengenali keindahan Islam yg sebenar...semoga cuti ini Aweyn dpt manfaatkn dgn sebaiknya.. InsyaAllah..amiin.. eh, dah panjang tulis baru perasan, sejak bila gunakan nama sebagai gelaran diri..hehe.. x pe lah...malas nak tukar... klah, dah tak tahu nak taip lagi.. sekian..

Tak Faham...

Assalamualaikum... kadang kadang aku terfikir, tanpa melakukan sesuatu, aku boleh melukakan hati seorang insan..Aku terkesima, aku buntu, aku keliru, aku tewas... Apakah tanpa aku meluahkan, mereka boleh mengetahui hatiku berbicara...


Ya Allah, bantulah aku..Redhailah aku.. dan jangan kau biarkan aku berputus asa dengan ujianMu... hurrrmmm....aku termenng lagi.. adakah aku yang bersalah? hingga insan disampingku diam seribu bahasa.. menjauhkan diri.. meninggalkan aku dalam seribu pertanyaan.. Aku terkapai kapai lemas dalam revolusi ini..


Ya Allah, berikan aku petunjukMu... tuntunlah aku di jalan yang lurus.. Bantulah aku merungkai permasalahan..amiin..

Wednesday, December 14, 2011

My 'cuti time' start....hehe..

Assamualaikum....
Alhamdulillah, berkesempatan utk berkarya lagi di dlm blog yg hmpir dpenuhi sesawang..(lamak na bunyi x bukak)..slangh sarawak...hehe.. Apa kabar blog beta...sudah lama kita tak bersua....wah2x... terover lah... hehe... nak tulis ape ek?? otak masih belum panas utk berkarya nih... 


emosi terlebih...haha....


cume nak cite ckit sebab dan musabab ( eh, kan ke same sbb n musabab tu) rosak bahasa btul si aweyn nih...hehe.. dgan ini tuan empunya blog ni nak kasi tau yg beta baru habis exam... wah... merdekaaaa!!!! ( eh, baru habis dijajah ker)hehe... merdeka study je...hehe..  
skrang aweyn hanya mampu berdoa.. aweyn dah buat semampu yg boleh... tawakal2.. mohon doanya juga ya kwn2... 


skrang ni ape yg nak di buat dlm cuti yg panjang yer... erm?? any suggestion...hehe.. buat masa ni blum lagi.. aweyn plan nak menanam anggur ( menganggur) dulu lah...haha....ikut kate mak, blaja memasak.. boleh jd isteri nanti..( eh..eh..aweyn, mak suruh blaja masak supaye boleh buat bekalan kalau kat tempat org, ni ade bleh ke situ pulak? hehe... skali skala pe salah nye kan..shhh...haha...


erm.. ape lagi ek?? nampaknye lepas ni slalu lah aweeyn di alam maya ni...hehe.. lgipun parent dah beri green light tuh.. tp ingat aweeyn, green light tu bukan mkne buat sesuka hati smpai lupa diri, sekeliling n yg paling pnting solat... tu jer kot..hehe... InsyaAllah, akan ade post2 baru... doakan juga ya..
sekian, wassalam...

Thursday, September 22, 2011

Hadiah...

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, hari ni dah abes trial.. so, mula lah nak mengadap benda segi 4 ni...=)..
Baca tajuk entry ni mesti ingat hari jadi kan?? Hari ni bukan hari jadi sesiapa..  Tapi inilah hadiah yang boleh kita berikan pada sesiapapun tak kira hari dan waktu. Jom same2 kita tengok...



Sekian..Wassalam..

Kek Lapis Kejayaan..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...






BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk cita-cita dan impian
1 1/2 Cawan kesabaran dan keazaman
3 Gelas kemahuan
1 2/3 mangkuk kerajinan
2 Camca besar rehat
6 Sudu usaha
Doa secukup rasa




CARA-CARA MEMBUAT:
Mula-mula masukkan satu mangkuk cita-cita atau impian ke dalam study room, campurkan 1 1/2 cawan kesabaran dan keazaman, kacau hingga sebati. Biarkan ia seketika. Bila ia kembang, masukkan pula 1 2/3 mangkuk kerajinan, kacau dengan sepenuh hati, sekiranya kek anda terbantut masukkan sedikit demi sedikit 1 kilo kesabaran, ayakkan bersama 6 sudu usaha dan 3 gelas kemahuan anda itu di dalam library dan tuangkan adunan tadi, kacau dan tambahkan 2 camca besar rehat berserta dengan doa secukup rasa. Sekarang kek anda akan dibakar. Dalam masa ini, anda haruslah kekalkan kecekalan dan usaha kerana kek anda mengambil masa empat atau lima tahun untuk masak. Kek ini sesuai dihidangkan di majlis kenduri bersama air mata kejayaan. Anda boleh mengajak teman untuk meraikannya bersama-sama. Lebih indah jika dihiasi di atas meja "menara gading".




Note: kalau nak dapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh sebab kek kejayaan ni amat susah nak buat, syabas kepada sape2 yang Berjaya membuatnya dengan baik.
Selamat menduduki peperiksaan dengan tenang…
Semoga sentiasa dalam petunjuk dan rahmat Allah…
Teruskan berusaha…
Serlah kan pergantungan kita kepada Allah setiap saat dan ketika…

Sekian dan selamat mencuba. :-)

Wednesday, September 21, 2011

Doaku Seiring Penantian..



Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
Aku biarkan hatiku bermadah..huhu…Aduhai, apa nak berlaku hari ini… Hatiku terasa sayu…Aku berdoa utk seseorang insan yg akan menjadi sebhagian dari cerita dalam hidupku.. seseorang yg sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu. ..seseorg insan yg akan meletakkanku pada tempat di hatinya setelah Engkau, Rasul Mu, Jihad di jalan Mu, keluarga dan cita-cita(maaf andai salag). Seseorg yg hidup bukan utk dirinya sendiri, tetapi utkMu.

Kejelitaan, ketampanan, dan daya tarikan fizikal tidaklah penting yg penting adalah sekeping hati yang sungguh mencintaiMu dan sentiasa bertaqarrub kepadaMu dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ternukil pada keindahan dirinya.dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan utk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seseorg yang memiliki hati yg bijak tidak hanya otak yg cerdas. seseorg yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku. seseorang insan yg tidak hnya menyayangiku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah. seseorg yg mencintaiku bukan kerana paras rupaku tetapi kerana hatiku. seseorg insan yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan keadaan. seseorg yg dapat membuatkanku merasa sebagai seorang muslimah ketika aku di sisinya.

Rabbi....
aku tidak meminta yg sempurna namun aku meminta dan berdoa seseorang yg seadanya sehingga aku dapat lengkapkan kesempurnaanya di mataMu. seseorg yg mengimpikan sokonganku sebagai peneguhnya. seseorang insan yg mengharapkan doaku utk kehidupannya. seseorang yg menginginkan senyumanku utk mengatasi kesedihannya. seseorang yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Rabbi...
aku juga meminta, Buatlah aku menjadi seorang mujahidah yg dapat membuatnya bangga. berikan aku hati yg sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku. Berikanlah sifat yg lembut sehingga keyakinanku dtg dariMu. Berikan aku tangan yg berkah sehingga aku selalu mampu berdoa utknya. Berikanlah aku penglihatan yg tajam, sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya. Berikanlah aku lisan yg penuh dengan kata-kata bijaksana , agar aku mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum padanya di setiap pagi.

dan..bilamana akhirnya kami akan bertemu aku berharap kami berdua dapat mengatakan "Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna"

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat, dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yg telah Engkau tentukan. Tuhan layarkanku kearah cintaMu. Tuntuniku mengapai RedhaMu. Rimbunan kasihMu ku berteduh kepadaMu ya Tuhan. Berikan secebis keinsafan, bekalan sepanjang perjalanan,mencari ketenangan...

Amin ya Rabbal 'Alamiiin....

 
==> penantian ini akanku serikan dgn cahaya imanku padaMu .... sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untukMu ... :)

Aku mencintaimu kerana Allah..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
hari ni sya nak share sesuatu dengan pembaca semua.... korang smua tahu tak macam mana kita cintakan seseorang tu kerana Allah SWT ?? tak tahu ?? ok, di bawah ni antara pandangan n jawapan yang sya dapat bila sya kemukakan soalan ni di dalam sebuah group di laman sosial... moga dapat manfaat nya ......  ^_^

* apabila dipandang mukanya kita ingat Allah

* kalo cnta kt sseorg krn Allah kte x pndg pd pras rupa yg ad pdanya

* bila hati tertarik pd akhlak dan kata2nya hanya berpandukan Al-Quran dan hadis..

* Kenalah muhasabah diri, dan sentiasa perbaiki diri.. contohnya awk cintakan seseorang, tapi awk tak langgar batas2 yang ditetapkan syarak.. itulah dinamakan cintakan seseorang kerana Allah..

* tanda kita cintakan seseorg krn Allah ialah,. apabila kita mencintai dia,. maka bertambah2 cinta dn kasih syg kita kpd Allah,. satu perasaan yg wujud di dlm hati,.. hingga begitu sukar utk kita jelaskan,.. dan hanya mmbuatkan kita asyik dgn cinta Allah...=)

* nk tau apabila kita mendekati nya dia sentiasa igt kan kita pada allah dan jaga pergaulan..percakapan..batas2 aurat..adab dgn org yg tua dan org muda...selalu mendampingin ulama.. 

* cintakan seseorang kerana Allah pabila betambah cinta kita kepada Islam, bertambah cinta kepada dakwah, bertambah semangat untuk memperbaiki sahsiah diri, bertambah tertingkat amalan kepada Ilahi...sentiasa rindu untuk berdua dengan Allah malam
   hari..


ketahuilah wahai insan yg bertakhta di hatiku~~~
'aku cintakan dia kerana Allah'
sentiasa menjaga batas
syarak,
tidakkan sesekali mahu membiarkan dia lemah dalam
mujahadah
sentiasa berdoa kepadaNya
sentiasa merapatkan diri
kepadaNya
sentiasa mendahulukan hak-hakNya dari hak-hak si
'dia'


jagalah Allah, dan Allah pasti akan menjagamu

jadikanlah
Allah sebagai medium terbaik antara kita dan Dia
kerna hanya Allah yang
memahami dan mengetahui tentang diri kita dan Dia ...


wahai diri,
bersabarlah, dan persiapkanlah dirimu bila tiba masanya...


sabar3...~
===> biar x bertemu dan berhubung tapi kasih dan cinta ku tetap setia padamu..
Ya Allah, kuatkanlah cintaku padaMU agar dapat aku labuhkan cintaku pada dirinya berlandaskan syariatMU... ^_^

Friday, September 9, 2011

SALAM PEPERIKSAAN

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...


Sudah lama benar saya tidak meng'update' blog nie. Sekarang sudah memasuki peperiksaan yg penting dlm diri.. Terlalu cepat masa berlalu, pejam celik sudah hampir 2 tahun saya menuntut ilmu di Tingkatan 6. Masih lagi berbaki beberapa hari lagi sebelum saya tamat belajar. Apa-apa pun saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ayah dan emak yang banyak berjasa serta tidak dilupakan penaja pembelajaran saya. Buat rakan-rakan yg sama dgn saya, Salfazrienie Azie, Nurul Hazuwainah, Yenn Evonne, Fadzrina Anizan, Noor Sofiena, Nurazreen Suhaza, Dyg Nurhafiza dan rakan2 yg lain, bittaufiq wannajah buat kalian. Tidak lupa juga adik beradik Siti Nor Aisah dan Umi Zubaidah- semoga kalian dipermudahkan segala urusan dalam menjawab peperiksaan.

Bersedia untuk bertempur di medan ilmu…
Sudah cukup kelengkapan senjata??
Tepuk dada tanya diri ....
Wassalam…

Thursday, August 18, 2011

Kasih Sayang Antara Pasangan

Assalamualaikum…
Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling kita.
Mungkin ada yang telah membaca dan mengetahui kisah ini, tapi di sini saya lampirkan semula kisah ini supaya ada di antara kita yang masih belum membaca dan mengetahuinya akan mendapat sedikit manfaat daripada kisah ini.

Ceritanya berbunyi begini....
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada
suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.wallahualam..

Sunday, August 14, 2011

Ilmu Itu Wajib...

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...


Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Menuntut Ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim." 
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)


Pengajaran
Dianjurkan untuk menuntut ilmu di mana saja kita berada, 
kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut apa yang kita ketahui.

Aku belajar

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...

Aku belajar,
Bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain mencintai aku,
Aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang aku cintai..

Aku belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya…

Aku belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama aku dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Aku belajar,
Bahawa orang yang aku kira adalah orang yang jahat,
Adalah orang yang membangkitkan semangat hidup aku kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada aku.

Aku belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Aku belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai aku…

Aku belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan aku….
Dan untuk itu aku harus memaafkannya….

Aku belajar,
Bahawa aku harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain…
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus…

Aku belajar,
Bahawa kawan2 dapat mempengaruhi peribadi aku,
Tapi aku harus bertanggungjawab untuk apa yang aku telah lakukan…

Aku belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza…

Aku belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki,
Tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya..

Aku belajar,
Bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri aku..

Aku belajar,
Bahawa aku punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti aku harus benci dan berlaku bengis…

Aku belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang aku cintai..

Aku belajar,
bahawa orang – orang yang yang aku kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan aku…
Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.
Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini..
wassalam..

~Ukiran Cinta~

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...

 
Hanya ada satu pelita yang akan kita pegang akan sentiasa menyala biar pun ketika malam yang gelap dan akan menerangi biar pun tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta pada makluk yang bernyawa.
Cinta mencinta dan di cintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan memberi bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilih berlandaskan agama pasti hasilnya di berkati oleh Allah dan sekiranya berlandaskan nafsu maka sudah tentu kelambah hina yang dituju.
Cinta adalah setangkai kepercayaan yang abadi. Cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas di dunianya sendiri. Andai benar dia milik kita pasti dia akan hamper disisi menghangat perjalanan cinta yang tersedia sudah.
Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, angaplah ia satu pengorbanan buat mu tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan kau ambil kesempatan dan jangan sesekali niat di hatimu ingin melukankan hatinya.
Cinta merupakan satu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat dari Tuhan telah dicabut dari hatimu, tandanya salah satu nilai kemanusiaan yang ada pada diri mu kian terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodal keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang hilang motivasi dalamnya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat di cintai.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:”Amalam yang di sukai oleh Allah adalah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah”. (Riwayat Ahmad)
Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, khawinilah manusia yang mencintai kerana Allah dan Allah jua mencintainya moga terisi makna cinta sebenar.
Pasangan dan cinta adalah naluri, manakala nafsu otak yang mengawalnya. Jika di biarkan cinta kuasai diri dan merosakkan hidup, pasti akan diburu penyelesayan akhirnya.
Cinta adalah sebahagian fitrah manusia. Orang yang tiada perasaan cinta adalah tidak normal, namun ramai yang menderita kerana cinta.
Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang di redhai Allah. Apabila kita betulkan niat, kita mesti menjadikan diri kita soleh atau solehah supaya insan yang Allah akan tentukan buat kita nanti juga begitu dekat dengan Allah.
Kita wajib ingat jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang, namun Allah jua yang menentukannya. Kita cuma hanya mampu berusaha mencari jodoh yang terbaik untuk agama Islam yang tercinta, selebihnya hanya bertawakal kerana Dia yang lebih berkuasa menentukan siapa jodoh kita yang telah di tentukan oleh-Nya.
wassalam...

~Jangan Sesekali Kamu~

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...

 
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan  sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Wednesday, August 10, 2011

Menanti..


Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
penantian suatu penyeksaan
menanti, tidak semudah dinanti…
hadirnya tak pasti,
tak juga menjanjikan kepastian,
bahagiakah?
sengsarakah?
cantik kah?
berjayakah?atau gagalkah?
segalanya dalam penantian…
usahlah diseksa diri dalam meniti penantian ini…
susuri detik penantian ini doa dan tawakkal…..
moga yang bakal tiba adalah seperti yang dinanti..
namun,
andainya yg tiba,
tidak seperti yg dinanti,
pasrahlah pada ketetapan ini…
terimalah..
hidup ini tak semestinya indah-indah saja..
tak semestinya manis-manis belaka…
sesekali, terimalah yg buruk dan pahit itu..
kerana tanpa merasainya,
kita takkan tahu…
bagaimana rupanya yg buruk itu..
dan bagaimana rasanya pahit itu…
menantimu…
wassalam...

Monday, August 8, 2011

Kesenangan Hati??

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...

tengok kat atas tu..
tiada kegembiraan yg melebihi kesenangan hati..
btul x?? sape stuju??snyum skrang..=)hehe
haha..mesti tnye knapa saya post pasal ni..?

jwpannye, ntah.. sy pon xtau.. tetbe je jumpe ayat ni..
cm sdap je kn.. huhu.. dh bermakna kalo kite selaminye dlm2..
dlm Quran ade sebut, kdg2 bnde yg kite suke tu..
xsmestinye baik utk kite kn..
tp kdg2 bnde yg kite xsuke tulah yg sbnarnye terbaik utk kite..
hikmahnye, Allah tahu sgala2nye psal kite..
Die sntiasa mnentukn yg terbaik utk kite..
pcaye atau x.. stuju atau x..
ape yg kite sdg lakukan atau hadapi skrg ni..
adalah yg terbaik menurut perancangan Allah..
syukurlah... 
wassalam..

Sunday, August 7, 2011

Aku Bukan Srikandi Solehah


Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...



Berkali kali ku cuba mencoretkan sesuatu pada 'bidadari' kesayanganku ini. Dan tika itu juga diriku kematian kata kata di pertengahan jalan. Ah, siapalah diriku untuk mengeluh. Benarlah kata kata seorang sahabat bahawa kekuatan untuk menulis itu datang bersama kekuatan iman. Di akui kini rasa kelemahan iman membina pada diri setelah mendapat 'kejutan' daripada ALLAH SWT. Aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak redha dengan ketentuanNYA. Namun aku juga insan biasa. Jiwa ini juga kadang kadang bertanya, mengapa aku? Biar apapun penilaiannya, biarlah semuanya kerana ALLAH. Aku ini bukanlah manusia kalis dosa. Yang daku harapkan secebis belas dariNYA untuk menerima taubat dan perjuanganku demi menebus kesilapan silam.
Alhamdulillah, ALLAH SWT sentiasa memberi yang terbaik buat hamba hambaNYA termasuk jugalah diriku yang kerdil di sisiNYA. Yang ku harapkan cuma diriku ini menjadi solehah di sisiNYA. Aku tidak ingin sekali menjadi solehah di mata manusia. Bagiku, manusia itu tidak punya hak untuk menilai kerana kita ini hamba yang lemah. Segala kekurangan dan kelebihan kita sendiri sudah membuktikan bahawa kita ini hak milik Pencipta yang agung.
Seringkali kita terasa obses untuk memiliki sesuatu sehingga kita lupa bahawa kita kita bukanlah pemilik sebenarnya. Tahukah kalian bahawa kita ini hanya berstatus seorang 'PEMINJAM'? Sedangkan ALLAH SWT itu adalah pemilik hakiki. Dan biarlah DIA sahaja yang menentukan pemiliknya. Setiap jasad, kata kata, ilmu yang kita miliki sebenarnya bukan kepunyaan kita. Segalanya hanya pinjaman dan pada bila bila masa sahaja, jika DIA mengkehendakinya, kita bisa kehilangan segalanya. Betapa daku merasakan ALLAH telah menarik nikmat semangat perjuangan dan kemanisan mencari redhaNYA dari diriku. Apa yang aku takuti bahawa diriku ini tidak berasa ikhlas untuk berada dalam landasan perjuangan kerana aku gusar pada penilaian manusia yang hina.
Teringat pesanan seorang sahabat,
nilailah tahap keikhlasanmu, sejauh mana dirimu benar benar menginfakkan diri dijalanNYA. Sesungguhnya keikhlasan itu ada tiga tahap:
Yang pertama, tatkalau kau melakukan sesuatu kerana takut akan neraka ALLAH.
Yang kedua, tatkala kau melakukan sesuatu kerana syurgaNYA
Yang ketiga, tatkala kau melakukan sesuatu semata mata keranaNYA. Dirimu ini tidak mengira apa sahaja balasan dariNYA kerana dirimu meyakini bahawa apabila kita mencintai, kita sedia menerima balasan apa sahaja dari sang KEKASIH AGUNG.
Pesanan ini cukup untuk membuatkanku untuk bermuhasabah diri. Diriku ini takat yang macam mana. Yang paling ku khuatiri adalah diri ku ini tidak mampu mencapai mana mana tahap keikhlasan kerana aku berbuatkan sesuatu untuk mendamba perhatian manusia hina. Betapa banyak kata kata yang ku hamburkan pada 'muka buku' atau teratak kesayanganku ini semata mata kerana ALLAH atau kerana manusia?. Malah yang lebih menggusarkan betapa banyaknya dosa yang ku tanggung kerana riak dan ujub yang tumbuh dalam diriku.
Maka pesananku, nilailah sesuatu itu dengan hati yang beriman. Jangan mudah mempercayai solehahnya atau solehnya seseorang itu hanya melalui kata kata yang dibicarakan. Sedangkan ingatlah bahawa, pilihan Salahuddin Al Ayubi itu sendiri bukan yang lincah bermain senjata atau petah berkata kata, sebaliknya pejuang pejuang yang istiqomah tahajudnya. Katanya mahu jadi Srikandi Hassan Al Banna, namun ambilnya hanya pada semangat perjuangan, tetapi tidak pada amalannya.
Diriku ini tertarik dengan dialog dalam drama di televisyen yang ku tonton. Wanita itu di'cop' sebagai ahli neraka kerana dia pernah memperdagangkan tubuhnya biarpun wanita itu telah bertaubat. Jawapannya:
"Sekiranya ALLAH sudah menakdirkan saya menjadi ahli neraka, saya redha kerana saya yakin nilaian ALLAH itu adil, tetapi saya tidak redha dengan nilaian manusia yang juga hamba seperti saya. Siapalah kamu yang berhak menentukan tempatku di neraka atau disyurgaNYA. Bagaimana jika syurga dan neraka itu sebenarnya ujian ALLAH untukmu, adakah segala kebaikan yang kamu lakukan hanya untuk dirimu bukan keranaNYA?"
Sememangnya nilaian ALLAH SWT itu adil, cumanya kadangkala kita sendiri yang menilai sesuatu mengikut hawa nafsu kita. Dengan mudah kita mengatakan bahawa yang itu tidak layak untuk yang ini, yang ini tidak sepatutnya untuk yang itu. Tahukan kalian bahawa ilmu ALLAH itu adalah seluas luasnya sehingga tidak terjangkau dek akal fikiran? Maka, apakah taklifan yang bisa kita gunakan untuk memberi penilaian tersebut? Adakah dengan alasan kita sudah berjubah, bertudung atau bersolat, maka secara automatiknya kita sudah bisa menjadi insan insan yang bisa menilai nilaian manusia itu disisiNYA?
Coretan ku ini tidak ku tujukan untuk sesiapa sebaliknya khas ku titipkan buat diriku ini. Kadang kadang bagiku aku terlalu cepat menilai seseorang hanya kerana dari cara berpakaian atau pekerjaannya atau keluarganya, sedangkan ALLAH SWT itu MAHA MENGETAHUI. Serahkanlah segala urusan hanya kepadaNYA. Nescaya hati akan lebih tenteram. Betapa sukarnya untuk menggapai gelaran solehah, namun itu ada impian setiap muslimah.
Sesungguh diri ku ini bukan srikandi solehah,
jika nilaian manusia adalah melalui cara ku berpakaian
Kadangkala cara ku berpakaian ini tidak menggambarkan akhlakku.
Tahukah kalian bahawa di kala aku bersendirian, aku juga terkadang lupa untuk mengingatiNYA.
Kadangkala daku berasa tidak layak untuk berpakaian sebegini kerana takut akan didakwa oleh pakaian ku sendiri di akhirat nanti kerana tiada niatku semata mata kerana ALLAH dalam hatiku.
Cuma aku meyakini setiap yang ALLAH syariatkan pasti ada hikmahnya. Betapa ALLAH amat menyayangi kaum wanita sehingga kita seperti minyak yang ditatang sepenuhnya. Bersyukurlah menjadi wanita muslimah...
Aku bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada kata kataku melalui muka buku atau teratak kesayanganku
Tahukah kalian bahawa kadang kalanya aku juga berasa riak setiap kali kalian mengkagumi bait bait yang ku hamburkan.
Ah.. betapa gusarnya diriku apabila mengingat pesanan Kekasih yang dirindui Muhammad SAW berkaitan dengan insan yang hanya berkata kata tetapi tidak melaksanakannya apa yang dikatakan iaitu dia akan ditimpakan seksaan yang amatlah berat di hari pembalasan.
Diakui juga bahawa setiap kata kata terinspirasi dari ALLAH SWT namun ingatlah seperti yang kukatakan sebelum ini, segala galanya hanya pinjaman. Betapa takutnya diriku apabila tiba saat dan tikanya TUAN sebenar meminta kembali barang yang dipinjamkan, apa yang ada pada diriku? Kerana sesungguhnya DIA adalah pemilik diriku, tidak aku berupaya untuk mengembalikan sesuatu kepadaNYA.
Aku bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada tingginya ilmu haraki atau hebatnya dalam gerak kerja dakwah.
Tahukah kalian bahawa kiranya seseorang muslimat itu ditarbiyah bukan ditentukan selama mana atau seaktif mana dirinya dalam gerak kerja ISLAM, tetapi sejauh mana dia bisa membuang karat karat jahiliyah dalam dirinya.
Tahukah kalian bahawa diriku ini masih punya lompang lompang jahiliyah yang perlu diubati dengan tarbiyah.
Malahan terkadang diriku berasa terpaksa untuk bergerak kerja demi ISLAM. Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa ku yang hina ini.
Cumanya teringat pesanan sang naqibah, tatkala ALLAH telah memberi kefahaman perjuangan pada dirimu, janganlah dirimu memberikan alasan kepadaNYA lagi sebaliknya berusahalah untuk memenuhi tuntutan yang ditujukan padamu. Pilihan ALLAH adalah pilihan yang terbaik dan ingatlah bahawa bukan calang calang orang yang bisa berasa dekat denganNYA. Pasti akan proses tapisan dan saringannya. Maka, jalan yang paling indah adalah sabar. Perkataannya nampak mudah tetapi hikmahnya indah.
Aku bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada kelembutan atau keindahan sebagai seorang wanita
Tahukah kalian bahawa sememangnya ALLAH menciptakan wanita itu seindah indahnya. Apatahlagi wanita adalah makhluk kesayanganNYA. Cumanya, kelembutan dan keindahan wanita itu bisa menjadi fitnah. Sesungguhnya diriku ini insan yang sentiasa turun naik imannya dan tidak cekap menjaga hati. Yang kudambakan agar ALLAH SWT sentiasa membimbing diriku dan tidak memalingkan hatiku. Sememangnya seorang wanita secara fitrahnya itu mendamba untuk menjadi yang cantik dan indah. Sebaiknya biarlah indah itu kerana agamanya dan cantik itu kerana taqwanya. Dan yang paling penting, cantik di manusia itu tiada ertinya jika tidak cantik di sisi ALLAH SWT.
ya ALLAH... betapa sukarnya menggapai gelaran solehah. Namun segala penilaian menjadi srikandi solehah ini ku serahkan kepadaMU. Cuma ini adalah sedikit luahan rasa dariku yang sudah lama menyempitkan ruang mindaku. Yang kutakuti manusia menganggap diri ini sempurna sedangkan tiada sesuatu yang sempurna melainkan dengan izinMU. Sekiranya terdapat sedikit kebaikan dari coretanku, titipkanlah buat kedua ibu bapaku, naqibah dan cermin sakti kesayanganku serta buat seluruh insan yang tidak pernah mengenal erti lelah mengajar diriku erti sebenar perjuangan. Jika terdapat kekurangan dalam tulisan ku ini, moga KAU sentiasa memberi ku peluang untuk memperbaiki diriku kerana aku percaya syurgaMU itu luas dan tarbiyah dariMU itu sentiasa ada. Terpulanglah pada diriku untuk menggapai atau melepaskannya.
Akhir kalam, ingin ku titipkan doa buat semua srikandi pencinta agama.
"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calnkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Amiin..."
Wassalam..


Jadual Bercinta...

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
 Jalan mujahadah itu susah tapi indah..=)
wassalam...

Saturday, July 30, 2011

Selamat Hari Jadi Awin...hehe..

Bismillahirrahmannirrahim…Assalamualaikum…



Alhamdulillah
31 Julai 2011
menandakan diri sudah 19 tahun
umur semakin meningkat
moga amal juga semakin tertingkat.

Diri semakin hampir dengan kematian
semakin hampir dengan pertemuan denganNya
adakah diri telah bersedia dengan sebaiknya?

sungguh
diri ini masih bertatih
dalam mujahadah dunia
dalam seni melawan nafsu dan godaan musuh durjana
tidak dinafikan sukar
tidak akan sesekali berputus asa.

19
semakin  meningkat tanggungjwab
bakal menjadi seorang isteri(opppssss!!!..hehe)
bakal menjadi seorang ibu(hehehe)
mempertingkatkan usaha menjadi anak solehah(InsyaAllah)
memperbaiki diri sebagai seorang hamba
satu angka
yang membawa diri ini semakin sedar
perlu mempergiatkan usaha
membentuk peribadi mulia
membentuk peribadi muslimah solehah

InsyaAllah
alhamdulillah
moga masa tiap detik yang berlalu selepas ini
tidak akan berlalu dengan sia-sia
amin ya Rabbi~
wassalam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...