Zikrullah

Sunday, December 14, 2014

Jangan hubungi saya!!

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...



"Couple islamik tidak pernah wujud dalam islam. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Couple islamik hanyalah selepas melafazkan sakinah yang mulia iaitu ijab dan kabul.
Sy ingin berkongsi secara ringkas satu kisah benar,
seorang perempuan ini telah ' dicop' oleh seorang lelaki, dan tempoh perkenalan mereka selama 7 tahun. Dalam tempoh itu si lelaki meminta untuk berhubung dengan si perempuan itu 4bulan sekali. Tetapi perempuan itu tidak bersetuju dan menjawab, " Kalau kamu tidak mendengar berita saya meninggal dunia, maknanya saya sihat." Subhanallah.. Lihatlah betapa si perempuan ini amat menjaga perhubungan itu. Dalam tempoh 7 tahun hanya 3 kali mereka berhubung. Itulah natijahnya jika Allah sebagai penyantar utama dalam perhubungan itu.
Dan paling terkesan apabila si perempuan ini berkata,
" Kalau sekarang kita sering menghubungi sesama kita. Apakah nasib bakal generasi akan datang? kalau sekarang kita sering bermesej, bergayut siang malam, sweet sana sini, dating, anak anak kita juga akan lakukan hal yang sama. Bahkan lebih teruk dari itu." Siapa yang kita sayang, biar Allah jagakan dulu.
Kita sebagai anak, tunaikan tanggungjawab dulu berbakti pada mereka. sebab mereka, hanya ada kita. 
sebelum kita, diserahkan pada pasangan halal kita bila masanya tiba..." 

Friday, October 10, 2014

detele??

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
lama x update... sedikit busy... InsyaAllah menghampiri sem terakhir..
nothing to say... cuma tgh berfkir should i delete this blog or not.. hurm.. ntahlah... tgok lah cmne nanti... :) that all from me..

Friday, March 7, 2014

Tak Mampu Nak Kata Apa..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...



[KISAH BENAR]

Dulu masa sy mula mula pakai tudung labuh..
Ramai yg panggil sy ’ustazah’..
Sy tau, diorang perli sy.....
Sbb sy bkn budak umo setahun..
Yang tak tau beza mana satu perli, mana satu puji, dan mana satu keji..

Tapi sy senyum je..
Dalam hati, aminkan jelah ape yg mereka kata tu..
’Ustazah’ bkn panggilan yg tak baik kan..
Kot kot lah, lekat jadi ustazah kan..
Siapa tau..

Pura pura alim takyah cerita..
Mmg banyak yg kata..
Sbb diorang ingt sy nie sempurna..
Padahal, banyak jahil dari tahu nya..
Atau mungkin diorang lupa..
Yang sy nie manusia pendosa..

Itu baru cerita tudung labuh..
Belum cerita purdah lagi..
Agaknya, kalau sy pakai purdah..
Diorang panggil sy ninja kot..
Mcm kawan kawan niqabis sy yg lain..

Terpulang lah, nk fikir ape pun..
Bertudung labuh, bkn sbb sy layak digelar ustazah..
Bertudung labuh, bkn sbb sy alim bab agama..
Bertudung labuh, bkn sbb sy seorang hafizah..
Tapi sbb sy sedar tentang hakikat menutup aurat yg dituntut dalam Islam..

Jangan menilai tahap ilmu, iman dan amal seseorang berdasarkan pakaian..
Sbb yg membezakan kita cuma taqwa.
Sekian.. Wassalam..

Monday, December 9, 2013

ops, tetaip pulak..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t... good evening..hehe... lama x update blog.. n what am i do? berblogging di dalam kelas.. ops, sooorrrriiiiii siiirrr (angkat tgn)hehe.. hari ni penat sgt. kelas dr pg.. sabr awin sabar.. chaiyok3.. (buat pasukan sorak)hehe... xapa kan, adat belajar.. trust me, one day, u'll be miss this situation.. and of course, waktu tu InsyaAllah masuk alam pekerjaan.. memegang byk tanggungjwab pada masa tu... ops, awin ke taip ni? cam tipu je mcm tipu je...hehe.. masa mematangkan kita, dan pengalaman banyak mengajarkan kita.. yeaaahh, sy akui, mcm2 yg sy belajar kat sini.. sy yg dulu bukanlah yg sekarang.. eh, menyanyi pulak.. ok, be serius... dulu duduk dgn famili, skrng duduk dgn kwn2.. almost 1 year.. i have learn about friends, study, finance and love.. love? no lah.. kt sini sy x nak fkir pasal love2 nih.. put it a side..hehe.. ok, x leh tulis panjang2, nanti i dtg menaip lg.. hamboi, main ber'i' pulak... maaf menaip yg sy rasa x de faedah ni.. juz suka2 ja.. smoga Allah merahmati kita semua.. amiin..wassalam..

Sunday, December 1, 2013

Bantu saya..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
Bersyukur masih bernafas lagi.. Alhamdulillah..
Hari ini tergerak rasa hati nak cakap pasal satu benda nih.. IKHTILAT.. hari ni saya rasa penat sgt dgn benda tu..

Saya dah penat sangat (erk repeat lgi). Penat berurusan dengan kaum Adam..dan kalau boleh x nak de urusan, tp saya x boleh sbb kita bukan hidup dengan satu jantina.. Manusia saling melengkapi. Astaghfirullah.. hati ni masih belum pulih..

Ya.memang ada kala Allah uji kita sampai kita terasa sangat-sangat penat. Tapi saya yakin saat itulah kita kuat sebenarnya.
 
Saya kengkadang takut gak nak tegur orang lain pasal ikhtilat ni sebab saya pun seringkali terjerumus dalam jurang ikhtilat tanpa sedar.. kaum Adam dan Hawa ni lain.. dan takan pernah sama pemikiran diorang..
 
dan SEBENARNYA..
 
saya sedang cuba bermujahadah menjaga hati
saya sedang dalam usaha menjaga iman
 
sebab
 
saya tahu banyak berurusan dengan kaum berlainan jantina ni dapat menggelapkan hati
saya takut iman saya goyah.
saya risau dengan syaitan yang sentiasa membuat panahan maut.
saya juga khuatir dengan fitnah akhir zaman..
dan saya malu ..saya malu dengan Penciptaku.
 
and that's why
kalau boleh saya taknak terlibat pun dengan masalah ikhtilat ni.
Tapi..
urusan dunia ini dan tugas saya akan turut meliputi golongan ikhwah..
saya lari nak pergi la mana punn.. jauh mana punn.
takan terlepas dari semua ni..
 
Fuhhh, jauh dari sudut hati,  saya ingin menjdi an'nisa yg solehah di akhir zaman ini (InsyaAllah)
betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan muslimah2 yang lain.. :'(
 
Kadang2 sy benci dengan diri ini, erk, eh tidak, saya sayang diri saya,
saya benci dosa2 yang sy telah buat..
 
Sahabat, tegurlah diri ini andai tersilap langkah.. sy sgt lemah..
doakan juga agar saya dapat kurangkan urusan dengan kaum Adam..kerana saya takut tak mampu berfikir dengan rasional ketika berhadapan dengan diorang dan kerana lemahnya hati ini..
dan kalau boleh saya taknak langsung.. tegur dan tarik saya kalau saya jatuh dalam gaung ikhtilat yang dalam tuu.. sebab saya takut nanti kalau saya jatuh, saya dah tak mampu nak keluar dr gaung tersebut.. Nauzubillah.. wassalam..

Saturday, November 30, 2013

Lemah..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.


Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan. Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan keperibadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahakan kadang-kadang menjadikan rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.Tu je kot. Wassalam. :')

Sunday, September 29, 2013

Jangan biarkan..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...

“Pernah juga terdetik di hati. Nak upload gambar sendiri. Sungguh, hati memberontak kata ‘ingin’.
Melihat muslimah lain, allahurabbi indahnya ciptaanMu ya Allah. MasyaAllah cantik-cantik semuanya!

Maka. Ambil keputusan untuk duduk sejenak, pejam mata. Monolog sendiri.

"Adakah apa yang aku buat Allah akan senang(redha)?"

"Pandangan Allah atau penghargaan manusia?"

"Mawar berduri sepatutnya menjaga duri-durinya. Duri dari di sentuh, kelopak dari di lihat, tangkai dari di cabut.."

Tersentap.Sahabat baik nasihat, “Awak, simpanlah kecantikkan tu untuk suami. Indah bukan jika pujian itu dari suami kita sendiri?”

Ye, kadang jari sengaja tak nak ikut kata iman, maka kejadian upload gambar sendiri pun terjadi.

Maaf.
Lalainya aku ya Allah..

Ya Allah,
Jangan biar aku tenggelam dengan pujian lautan manusia.

Jangan biar aku senang dengan dunia sampai lupa tujuan aku di cipta.

Jangan biar aku jauh dariMu ya Allah..

Jangan biarkan..”
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...