Zikrullah

Sunday, December 1, 2013

Bantu saya..

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
Bersyukur masih bernafas lagi.. Alhamdulillah..
Hari ini tergerak rasa hati nak cakap pasal satu benda nih.. IKHTILAT.. hari ni saya rasa penat sgt dgn benda tu..

Saya dah penat sangat (erk repeat lgi). Penat berurusan dengan kaum Adam..dan kalau boleh x nak de urusan, tp saya x boleh sbb kita bukan hidup dengan satu jantina.. Manusia saling melengkapi. Astaghfirullah.. hati ni masih belum pulih..

Ya.memang ada kala Allah uji kita sampai kita terasa sangat-sangat penat. Tapi saya yakin saat itulah kita kuat sebenarnya.
 
Saya kengkadang takut gak nak tegur orang lain pasal ikhtilat ni sebab saya pun seringkali terjerumus dalam jurang ikhtilat tanpa sedar.. kaum Adam dan Hawa ni lain.. dan takan pernah sama pemikiran diorang..
 
dan SEBENARNYA..
 
saya sedang cuba bermujahadah menjaga hati
saya sedang dalam usaha menjaga iman
 
sebab
 
saya tahu banyak berurusan dengan kaum berlainan jantina ni dapat menggelapkan hati
saya takut iman saya goyah.
saya risau dengan syaitan yang sentiasa membuat panahan maut.
saya juga khuatir dengan fitnah akhir zaman..
dan saya malu ..saya malu dengan Penciptaku.
 
and that's why
kalau boleh saya taknak terlibat pun dengan masalah ikhtilat ni.
Tapi..
urusan dunia ini dan tugas saya akan turut meliputi golongan ikhwah..
saya lari nak pergi la mana punn.. jauh mana punn.
takan terlepas dari semua ni..
 
Fuhhh, jauh dari sudut hati,  saya ingin menjdi an'nisa yg solehah di akhir zaman ini (InsyaAllah)
betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan muslimah2 yang lain.. :'(
 
Kadang2 sy benci dengan diri ini, erk, eh tidak, saya sayang diri saya,
saya benci dosa2 yang sy telah buat..
 
Sahabat, tegurlah diri ini andai tersilap langkah.. sy sgt lemah..
doakan juga agar saya dapat kurangkan urusan dengan kaum Adam..kerana saya takut tak mampu berfikir dengan rasional ketika berhadapan dengan diorang dan kerana lemahnya hati ini..
dan kalau boleh saya taknak langsung.. tegur dan tarik saya kalau saya jatuh dalam gaung ikhtilat yang dalam tuu.. sebab saya takut nanti kalau saya jatuh, saya dah tak mampu nak keluar dr gaung tersebut.. Nauzubillah.. wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...