Zikrullah

Sunday, January 30, 2011

Sejenak.....

Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirrahim...

" Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong.
Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. "

-Al-Imam Ghazali-

jumpa kata2 ni time layan artikel2 kat iluvislam.com tadi.
seram... meremang rasanya bulu roma...kecut rasanya perut...takut...
di mana agaknya tahap kita?? kita boleh agak sendiri...
saya tak mahu jadi org munafik... saya juga xmahu anda menjadi golongan yg munafik..
saya mengimpikan kita semua bersama2 menuju syurga Allah.

wahai yg bergelar sahabat,
andai aku lalai, peringatkanlah aku tentang hukuman Allah...
andai aku terleka, ingatkanlah ingatanku tentang azabnya...
andai aku hampir tewas, kuatkanlah semangatku dengan mengingatkan akan manisnya syurga Allah...
andai harapanku seolah2 kian punah, sokonglah dan pimpinlah aku agar terus dekat dgn cintaNya...
kerana aku cuma insan biasa... yg cukup lemah...
kerana imanku masih begitu nipis... begitu mudah goyah...
lalu andai suatu saat aku seolah hilang arah, jgn kau biarkan aku berterusan begitu...
kerana yg bernama sahabat itu aku perlukan bukan utk setakat mengembirakan hidup ini,
mencorakkannya dgn keceriaan seindah pelangi...
tetapi seorang yg bernama sahabat itu juga aku perlukan utk bersama2 bertaut hatinya dgn hatiku,
sehaluan denganku...
utk mengejar dan meraih cinta Allah...
sama-sama berjuang menuju ke syurgaNya...
aku perlukan ingatan drmu sahabatku...=)
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...