Di sebuah pondok usang milik seorang hamba,akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal:Assalamualaikum, sahabat.
Hati:Waalaikumussalam...
Akal:Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya lagi.
Akal:Apa khabar iman anda?
Hati:Kurang sihat mungkin
Akal:Mengapa?
Hati:Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal:Dia ya...ng mana, sahabatku?
Hati:Kedua dia.Dia yang hakiki,juga dia yang entah kemana akhirnya...
Akal:Tidak mengapa,Itukan fitrah manusia.
Hati:Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing.Fikiranku jauh ke angkasa.Kadangkala ketika beribadah juga aku teringtkn dia.
Akal:Cintamu padanya, juga cintamu padaNYA,cinta padaNYA kan yang lebih utama.
Hati:Tapi..Aku benar cinta dia.Aku benar rindu dia.Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikkan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal: Apa makna cinta?
Hati: Kasih dan sayang.
Akal: Bagiku cinta itu gila.
Hati: Mengapa pula?
Akal: Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta,seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati: Ya.Begitu yang aku rasa.
Akal: Apa yang kau tahu apa pula ibadah?
Hati: Orang kataa ibadah itu taat dan patuh.
Akal: Ibadah juga adalah cinta.
Hati: Bagaimana yang dimaksudkan begitu?
Akal: Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi..
Hati: Jadi...Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal: Fikirkan,kalau benar kau mncintainya kerana Allah,apa kau mngdu kepadaNYA?
Hati: Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal: Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh denganya? Apa kau hanya melipat kali gandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal: Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu denganya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!....
wah...nice..
ReplyDelete