Sahabatku,
Hadirnya diriku,
Cuma hanyalah buat sementara,
Maafkanlah diriku ini,
Seandainya pernah melukakan hatimu tanpa ku sedari,
Ku pohon kemaafan padamu
Wahai teman..
Bahawa kita sebagai manusia
Tidak lali daripada melakukan kesilapan..
Sahabatku,
Namun keakraban kita tetap terjalin,
Inilah anugerah ukhwah yang telah di kurniakan buat kita,
Aku bersyukur padamu Ya ALLAH,
kerana ketemukan ku pada sahabat sepertinya..
Moga akhirat menemukan kita,
Di syurga nun kelak.
No comments:
Post a Comment