Kasih Allah takkan dirasai tanpa ujian, tak akan dirasai kehambaan tanpa munajat, tak akan rasa keinsafan tanpa muhasabah.. Jangan mengeluh jika diri diberi ujian.. kerana itu tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya.. bersyukurlah kerana anda dipilih mendapat ujian tersebut..
Wednesday, September 8, 2010
Hari Ini Dan Semalam
Andai hari ini adalah hari semalam
akan aku satukan warna-warna pelangi
untuk menyalakan pelita cinta
menerangi seluruh hati ini
Andai hari ini adalah hari semalam
akan aku satukan titisan-titisan embun
untuk memadamkan api kekecewaan
menebus kesilapan silam
Andai hari ini adalah hari semalam
akan aku lipat segala kenangan itu
untuk menjadi secebis pengalaman
mencipta lorong-lorong kehidupan bahagia
Andai hari ini adalah hari semalam
akan aku tiupkan penderitaan itu
untuk terus hilang menerjah masa
melintasi angin kegembiraan baru
Hari ini tetap hari ini
Semalam biarlah ia berlalu
Menerbitkan cahaya dan sinar
Melangkau batas-batas perjalanan
Moga dapat aku temui
Cinta yang suci
Di sebalik hari ini dan semalam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment