Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
walaupun aku tak mampu memahamimu,
tapi aku mampu mendengar keluh kesahmu,
Sabarlah.. barangkali itu yang terbaik untukmu..
Berfikirlah, masih banyak teman disampingmu dan menyokongmu....
Kerana cinta..
Memang kadangkali berakhir dengan manis
Tapi. ada juga yang berakhir dengan pahit
Namun berfikirlah sahabatku..
Ini adalah ujian buatmu dan hanya orang yang terpilih saja mampu menghadapinya..
Kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya..
Percayalah Allah masih menyayangimu..
Allah masih bersamamu..
Allah akan selalu menolongmu
Janganlah engkau bersedih lagi sahabatku..
InsyaAllah, akan ada indahnya disebalik semuanya..
Seperti kata2 dalam cerita Syurga Cinta..
Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Kita mencari cari kemana hilangnya matahari,
Rupa rupanya Allah memberi kita pelangi...
Senyum kembali sahabatku..
Senyum indahmu...
wassalam...
No comments:
Post a Comment