Bila terpandang tudung jenis LABUH DI SEBUAH KEDAI :
Sisi Jahat : Lawa kalau aku pakai tudung ni..senang aku nak tackle Ustaz-ustaz Mesir yang dah nak habis belajar tu nanti..tapi alaaaaahhh..Ustaz je kot..baik aku cari doktor ke businessman ke pekerja MLM ke..lagi la berharta..takde la anak aku merempat sini sana..lahir-lahir je kat dunia dah masuk banglo dah..kahwin dengan Ustaz ni ada yang terberanak dalam pondok buruk berlantai papan playwood kan..
Sisi Baik : Subhanallah..lawanya tudung ni..dah lama aku berniat nak pakai..memang segan..tapi apa salahnya kalau ianya untuk kebaikan kan..tak kisah la orang nak kata aku sengaja mencapap ke sengaja nak melawa ke..ada aku kesah? Mulut orang susah nak tutup, pot pet pot pet tu dah lumrah manusia..aku hanya perlu bersabar sikit je dengan mereka..lama-lama nanti diam jugak akhirnya..sekejap je..On! Aku beli..
Bila dah siap beli..
Maka sampai dirumah..terus korang menyarungkannya..bila lihat korang berTUDUNG LABUH DI DEPAN CERMIN :
Sisi Jahat : Euwwww! Dah macam makcik jual goreng pisang pulak aku tengok..labuh sangat la pulak..malu la dengan kawan-kawan..malu la dengan family..dah la semua free hair..takkan la aku sorang bertudung..dah la labuh pulak tu..macam watak the ugly duck la pulak aku ni..ishhhh! Tak boleh jadi..kena tukar balik nampak gayanya..
Sisi Baik : Ehhhhhh! Jap-jap-jap! Syaitan memang suka buatkan benda-benda elok ni nampak macam buruk, nampak macam hodoh..lagipun aku ni dah lama pakai tudung tak sempurna..dada terdedah sini terdedah sana..aku perasan je budak laki suka je tenung dada aku..tapi aku buat-buat tak tahu je la..alaaa,semua orang camtu kot..tapi sekarang baru aku tahu kenapa la gejala rogol makin berleluasa..aku taknak jadi sebab perempuan lain kena rogol..mungkin masa dia tengah tenung dada aku tu nafsu dia dah membuak-buak,cuma mungkin ramai orang, maka dia balik dia tempias kat jiran tetangga ke dekat kambing ke dekat adik sendiri ke..mana la tahu kan..aku taknak tanggung semua tu!
Bila dah MELANGKAH KELUAR dengan tudung LABUH menjadi hijabnya :
Sisi Jahat : Ehh..asal la semua orang pandang aku semacam je? Salah pakai eye shadow ke ni? Haaa..kan aku dah cakap aku taknak pakai tudung labuh..tengok semua dah pandang lain macam..arghhhhhhhhhhh!
Haaaa..lagipun aku pernah dengar Ustazah cakap syarat tutup aurat ni asalkan tutup rambut dan bahagian dada..buat ape labuh-labuh kan..haaaa..Good point!
Sisi Baik : Cuba renung balik..perempuan solehah ni ibarat permata di sebalik timbunan kaca..cahayanya luar biasa..tu yang semua nak tengok tu..lagipun aku tahu sebenarnya jauh di sudut hati, diorang sejuk melihat wanita berpenampilan camni..lagi satu Nabi pernah bersabda yang beruntunglah orang yang 'asing' di akhir zaman nanti..maksudnya yang golongan yang seakan macam alien..macam orang asing..so aku berharap aku lah salah seorang daripada yang beruntung tu..
Memanglah pakai tudung yang dah tutup dada tu dah dikira tutup aurat..tapi pakai tudung labuh ni menjarakkan kita daripada hampir dengan benda-benda haram tersebut..
Sisi Jahat : Alaaahh..jangan buat yang haram sudah lah!
Sisi Baik : Camni, bila dah pakai tudung labuh ni..nak mengumpat ke nak bergosip ke confirm dah rasa segan..kita dah jadi simbol wanita solehah seluruh dunia kot..salah gaya nanti silap-silap kita yang menjadi perosak nama kepada semua wanita solehah yang ada..nak lepak-lepak ke dating ke hisap rokok ke mencarut ke apatah lagi..pernah ke tengok wanita bertudung labuh dengan selamber badak lepak dekat kedai mamak sambil mulut hembus asap rokok? Takde kan? Sebab bila dah pakai tudung labuh ni secara automatik kita jadi segan nak jadi JAHAT..Bila dah segan nak jadi jahat, jauhlah daripada maksiat, maka syurga pun makin mendekat!
Sisi Jahat : Ermmm..alaaa..nanti laki takut la nak dekat dengan aku..dah la bertudung labuh..muka tak kiut..berisi pulak tu..lengan dah sama besar dengan peha dah..
Sisi Baik : Jangan risaulah! Jodoh tu Allah dah tentukan sejak aku lahir lagi..dah tertulis dah di Luh Mahfuz nama suami aku..sampai masanya dia akan datang jugak..lagipun bila aku bertudung labuh ni mesti la dia nak kat aku bukan sebab rupa atau harta aku..mesti dia nak kat aku sebab usaha yang aku dah buat untuk menjadi solehah..Allah Maha Adil..jadi itu bermakna..calon suami aku InsyaAllah adalah orang yang celik agama..mencari isteri mengikut hadis baginda Nabi..supaya mencari yang beragama melebihi faktor-faktor yang lain..
Sisi Jahat : Yelaa..yelaa..kali ni ko menang..aku surrender buat sementara waktu..ada ubi ada batas, di lain entry aku balas..wahahaha!
p/s : Dialog di atas hanya boleh memicu korang memikirkan di antara dua pilihan..pilihan adalah di tangan korang termasuklah saya..kerana hidayah tu memang dalam genggamanNya.. semoga Allah memilih kita menjadi calon penerima anugerah hidayahNya..amiin!wassalam...
No comments:
Post a Comment