Zikrullah

Tuesday, March 29, 2011

..hehe..juz writting...

Maaf adalah perkataan pertama terbit dari hati saya di saat ini. tiada alasan yang kukuh untuk diri ini menidakkan jari-jemari yang kiut ini (haha) lalu pantas sekali saya ingin menaip ayat-ayat blogspot di sini... iyelah, setelah agak lama saya menyepi buat seketika - bukan sengaja sepi tanpa bicara. tetapi tuntutan saya sebagai seorang pelajar sepenuh masa buat masa ini telah menggerakkan hati saya supaya lebih bertambah fokusnya pada pelajaran.

duhai cik aweeyn sayang - ayah sudah banyak kali berpesan :

"belajar biar cemerlang, ok. pastikan target 3.oo pointer ke atas dapat dicapai setiap semester!"

oohh yeeh. insyAllah ayah. I'll do my best. please forgive me if i am wrong. thank you :)

kata-kata itu amat berharga. setiap perkataan dan tindakan kita saban waktu adalah mencerminkan nilai peribadi dan sikap kita.

adakah kita ini patuh pada arahan Allah s.w.t?

adakah kita sudah benar-benar menjadi muslimah sejati?

mahukah kita berubah ke arah kebaikan yang sebenarnya?

haa'ah. itulah yang patut saya, anda dan semuanya fikirkan selalu. jangan kata kita belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata.. nope!! this is actually wrong idea. kita sebagai muslim belajar adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

"Ilmu itu pelita hati... Tanpa ilmu di dada sukar untuk berbicara..."

hehe... bijak sekali kata-kata itu ingin mentafsirkan maksudnya yang tersurat kan?

Cerita saja.. tapi penuh iktibar...

Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikum w.b.t... Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi..
jeng!jeng!jeng! bunyi...aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah berfikir camna nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!! Ya Allah..lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Di atas ada harimau dan di bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh..cam ner ni. Lepas tue, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni..habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih..Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba...terdengar satu bunyi...uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu. ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Kalau semua nak tahu...
Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

Friday, March 25, 2011

Berilah nikmat kesihatan dan kebahagiaan padanya.. =)

 
sesuatu yang indah pada awalnya...
tidak semestinya akan berakhir indah juga..
itulah takdir Allah swt kepada setiap hamba-hambaNya..
kita tidak mampu menghalang ia datang kepada kita...

bukanlah niat dalam hati menolak qada' dan qadar ilahi..
sekadar merasakan kepedihan yang menusuk di dalam hati
betapa beratnya ujian dan dugaan Allah swt kepada kami...
tidak tahu sejauh mana kekuatan diri menerima ujian ini...

ya..
ajal maut itu bukanlah dalam ketentuan kita...
jauh sekali dalam menentukan penderitaan setiap manusia..
hanya yang ku mampu pada saat ini dan seterusnya..
aku berdoa semoga Allah swt meredhai dia..
memberikan dia kekuatan iman dalam hatinya
serta perasaan tunduk taqwa kepada Allah swt di dalam dada.
insyaAllah..
amiin..

Friday, March 18, 2011

Percuri Iman....

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
"Ya Allah, pelihara lah hatiku ini. jangan sampai aku mencuri iman-nya tanpa aku sedari. Pelihara dan kuatkan lah imanku dan iman-nya juga. amiinn...."

iman adalah mutiara. di dalam hati manusia. yang meyakini Allah s.w.t. Maha Esa Maha Kuasa. tanpamu iman bagaimana lah. merasa diri hamba pada-Nya. tanpamu iman bagaimanalah. menjadi hamba Allah s.w.t yang bertaqwa. iman tak dapat diwarisi. dari seorang ayah yang bertaqwa. ia tak dapat dijual beli. ia tiada di tepian pantai. walau apa pun caranya jua. engkau mendaki gunung yang tinggi. engkau merentas lautan api. namun tak dapat jua dmiliki. jika tidak kembali pada Allah s.w.t...

oohh iman. oohh iman....ohh iman...iman lah mutiara! iman adalah mutiara..

Pesan Ayah buat anak perempuan yang bakal berkahwin...

Bismillahirrahmannirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.....



1. Jaga dirimu baik-baik. jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suamimu akan meragui kejujuranmu dan berprasangka buruk terhadap dirimu. ingatlah dua hal ini merupakan racun di dalam rumah tangga.

2. Jagalah dirimu baik-baik. jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu akan membuat rumah tangga serupa seperti neraka.

3. Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam berdandan dan menghias diri.

4. Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik.

5. Jagalah dirimu baik-baik. jangan makan terlalu kenyang, kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras rupamu dan menyebabkan kegemukan.


6. Ketahuilah kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. engkau yang dapat membuat dirinya bahagia dan dialah yang dapat membuat dirimu bahagia. sebaliknya engkau juga yang dapat membuat dirinya malang dan dialah yang dapat membuat dirimu malang.oleh itu, berhati-hatilah janganlah sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, kerana kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.

7. Taatlah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok, ejek-ejek dan perbicaraan yang tidak berguna. jangan sesekali cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian.

8. Jagalah kesihatanmu baik-baik dan jauhilah penggunaan alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu.

9. Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu.

10. Aturlah baik-baik urusan di dalam rumah tangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu

I LOVE YOU...❤

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...

I love you so much......who???haha... of course my mummy meh....haha.. every day i love her... not need to wait until mother day... every day is mother's day..hehe.. n i dedicate to you this song....


Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That right no other
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?

And when you fell
Who’d pick you up?
Clear your cut?
No one but
Your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cries who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

Monday, March 14, 2011

^ Memaknai Arti Kehidupan di Bumi-Mu,, Yaa Robb...

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...



Apa ertinya sebuah kehidupan
tanpa permasalahan yang ada menemani kita
Permasalahan yang mampu membuat kita
belajar banyak tentang erti kehidupan

Bersyukurlah kita jika kita memiliki permasalahan dalam hidup
kerana disitulah kita mampu untuk melatih iman kita
Kehidupan sekarang ini yang penuh dengan liku-liku
jangan membuat kita gentar dan membuat kita menjadi lemah

Memang permasalahan itu begitu banyak sekali
Mulai dari permasalahan pribadi, keluarga, cita2, cinta, masyarakat, politik, ekonomi, agama dan unsur-unsur yang lain
Tapi apakah dengan semua masalah itu hanya membuat kita terkaku??
Hanya membuat kita menjadi lemah dan down??

Sayang sekali...,,
Padahal kita memiliki IMAN
Kita memiliki kepercayaan kepada Pencipta kita
Dialah ALLAH Rabbul Izzati...
Kelemahan dan kekuatan kita sewaktu kita diciptakan

Dia telah mempersiapkan kita untuk mampu
menghadapi semua persoalan dalam kehidupan
Dia Maha Mengerti tentang apa yang kita alami
dan Dia Mampu dan Mahu untuk membantu kita
walau kita kadang jauh dari pada-Nya..
Kehidupan ini begitu singkat. Tiada yang tahu bila akhir dunia.
Kehidupan ini jelas penuh risiko,
kerana setiap tarikan nafas kita tiada yang tahu
akan kembali atau tidak..

Sebelum waktu terhenti untuk kita,
manfaatkanlah waktu dengan sebaik-baiknya..
Jangan tunda apa yang boleh kita lakukan saat ini,
sebelum semuanya menjadi sebuah penyesalan..
Kehidupan ini adalah suatu kesalahan yang berkesinambungan
dimana kita belajar menjadi sempurna,
seperti halnya dalam mengenai cinta..

Cinta itu bukanlah mencintai seseorang yang sempurna,
tapi mencintai seseorang yang tidak sempurna secara sempurna..
Dalam hidup begitu banyak rintangan,
namun besar atau kecilnya suatu rintangan tergantung pada besar atau kecilnya jiwa orang yang menghadapinya..

Banyak pelajaran yang berharga dalam tiap-tiap kehidupan seseorang
dimana seseorang belajar untuk menjadi lebih bijak dan lebih sabar
dalam mengarungi samudera kehidupannya..

...:: Selamat Bermuhasabah Yaa Ukhti wa Akhi Fillah ::...
...

Saturday, March 12, 2011

Perbezaan Antara Percaya Dengan Yakin



Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t...
Suatu hari, di suatu tempat yang jauh dari negara kita ini, berlangsunglah satu pertunjukan kemahiran. Tetapi pertunjukan ini amat luar biasa dan menakjubkan sekali. Seorang penembak akan menunjukkan kemahirannya menembak sebiji epal di atas kepala sebuah patung. Selepas membedek beberapa ketika, dia menarik picu pistolnya dan tembakannya tepat mengenai epal tersebut.

Kemudian dia bertanya, “Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?”

Semua orang menjawab, “Ya, kami percaya.”

Kemudian dia menutup matanya dengan kain hitam. Untuk memastikan dia benar-benar tidak boleh melihat, kapas di letakkan di atas kelopak matanya terlebih dahulu sebelum di ikat dengan kain hitam tersebut. Seperti tadi, sebiji epal diletakkan di atas kepala sebuah patung. Kemudian dia membedek lalu menarik picu pistolnya. Tepat mengenai sasarannya!

Semua yang hadir bertepuk tangan dan memuji-muji kehebatan penembak ini. Dalam pada itu si penembak tadi pun bertanya, “Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?”

Semua orang menjawab, “Ya, kami percaya.” Sudah ada yang melontarkan duit ke dalam topi yang memang telah disediakan.

“Baik, sekarang tuan-tuan semakin percaya dengan kebolehan saya, mahukah tuan-tuan jika saya tunjukkan lagi kehebatan saya untuk menambah kepercayaan tuan-tuan?”

Semua orang menjawab, “Mahu!”

“Jika begitu, saya akan meletakkan sebiji epal di atas kepala tuan-tuan. Saya akan menembak epal berkenaan tanpa mencederakan tuan-tuan. Saya jamin tuan-tuan tidak akan cedera. Siapakah yang sudi membantu saya menjayakan pertunjukan ini?”

Senyap. Tiada sesiapa menjawab.

“Tuan-tuan telah melihat kepakaran saya. Saya telah membuktikan kepada tuan-tuan saya boleh menembak dengan tepat walaupun dengan mata yang tertutup. Tuan-tuan juga telah mengatakan tuan-tuan percaya dengan kehebatan saya. Ada sesiapa yang sudi?” tanya penembak itu lagi.

Para penonton tersengih-sengih, tiada seorang pun yang berani tampil ke depan. Akhirnya pertunjukan itu dibatalkan dan tidak pernah sampai ke penyudah.

Mengapakah tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan, padahal mereka telah melihat sendiri kehebatan penembak berkenaan melakukan kerjanya? Jawapannya mereka percaya tetapi tidak yakin.

Kesimpulanya
kita percaya bahawa Allah itu wujud,kita percaya bahawa wujudnya syurga dan neraka, tetapi sejauh manakah kita yakin akan semua ini. Allah S.W.T dah beri akal yg sempurna untuk memikirkan hukum hakam Allah. Tetapi masih ramai lagi manusia sering abaikan solat... mengumpat... maksiat... tapi pada masa yang sama mengaku percaya ALLAH MAHA MELIHAT. Mungkin mereka hanya percaya tetapi tidak yakin ataupun masih tak sampai kepada tahap yg mampu dizahirkan dalam bentuk tindakan. Sebenarnya untuk sampai ke tahap yakin ini seseorang itu haruslah memerlukan iman dan taqwa yang tinggi kepada Allah SWT.

Wallahu'Alam...

Thursday, March 10, 2011

Jangan terlalu mengejar kesempurnaan dalam BERCINTA....

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalamualaikum...

Jika kamu memancing ikan . . .
setelah ikan itu terlekat di mata kail . . .
hendaklah kamu mengambil ikan itu. . .
jangan sesekali kamu LEPASKAN semula kedalam air begitu sahaja . . .
kerana ia akan SAKIT kerana bisanya . . .
ketajaman mata kail kamu & ia mungkin akan MENDERITA selagi ia masih hidup . . .

Begitulah juga . . .

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang . . .
setelah dia mula MENYAYANGI kamu . . .
hendaklah kamu MENJAGA hatinya . . .
janganlah sesekali kamu terus MENINGGALAKNYA begitu sahaja . . .
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu . . .
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingatimu . . .

___________________________________________________________________

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada . . .
jangan terlalu berharap pada takungannya dan menggangap ia begitu teguh. . .
cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja. . .
kerana apabila ia mula retak. . .
tidak sukar untuk menampal dan memperbaikinya semula. . .
dan bukannya terus dibuang begitu sahaja. . .

begitulah juga. . .

Jika kamu sedang memiliki seseorang. . .
TERIMALAH dia seadanya. . .
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menggangapkan dia begitu istimewa. . .
anggaplah dia manusia biasa. . .
kerana apabila dia melakukan KESILAPAN. . .
tidaklah sukar untuk MEMAAFKAN dan MEMBOLEHKAN
hubungan kamu akan TERUS ke akhir hayat
dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN
dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewadengan sikapnya. . .
lalu semuanya akan TERHENTI begitu sahaja. . .

_________________________________________________________________

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi. . .
yang kamu pasti baik untuk diri kamu. . .
yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT. . .
mengapa kamu perlu berlengah lagi?
cuba mencari makanan yang lain? . .
kerana terlalu ingin mengejar kelazatan. . .
kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu tidak boleh menikmatinya lagi. . .
kamu akan menyesal. . .

Begitulah juga. . . .

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN. . .
yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu. . .
MEYAYANGIMU. . .MENGASIHIMU. . . dan MENCINTAIMU. . .
mengapa kamu berlengah lagi?
cuba membandingkannya dengan yang lain. . .
terlalu mengejar KESEMPURNAAN. . .

kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. . . kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. . .

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejarkan KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN. Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI InsyaAllah kita akan BAHAGIA, BAHAGIA, dan terus BAHAGIA. . itu lebih BERMAKNA!

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...