Alhamdulillah..Kesihatan yang memuaskan..Kehidupan yang memuaskan.. Meniti minggu akhir sebelum masuk tahun baru yang dilalui dengan aman dan damai (InsyaAllah).. Mustahil tiada ujian yang menimpa diri Aweyn..mustahil tidak ada kesusahan yang mendatang, tapi semua jd 'senang' dan 'tenang' jika kita letak Allah di depan... Alhamdulillah....=)
Semalam Aweeyn di 'datangi' BUZZ dari seseorang yang tidak dikenali dan tidak mahu mengenal diri.. Aweyn tak kisah, tak ada masalah..=)...tapi perkongsiannya itu menarik dan membuat diriku ini tertarik( tertarik pd perkongsian)...
Tulisan dari Anonymous itu byk memberi inspirasi pada diri ini..tersentap pd hati, mendayu pd jiwa... Bukan diulit dengan kata cinta tp dinukilkan dgn 'puisi' jihad yg membara..seorang yg merindui kasih dan cinta Ilahi..
Terlupa utk save kata katanya.. tp aweyn teruja dgn nukilannya..sesiapa pun anda, terima kasih saya ucapkan, tanda penghargaan atas perkongsian yg bermakna.. Alhamdulillah.. berjumpa di YM..dan tamat di situ...
melarikan diri sebentar.. utk muhasabah diri.. dan mencari sedikit ketenangan di hati..(nasb baik x tergelincir)huhu..
Tinta yang menarik daripada Anonymous yang paling terkesan di hati Aweyn, "Allah hadiahkan Khadijah buat Muhammad, Allah hadiahkan Aisyah buat Muhammad, begitu juga isteri isteri yang lain..Allah hadiahkan Fatimah buat Ali dan Allah hadiahkan Sumayyah buat Yasin..Bertuahnya muslimat yang dihadiahkan Allah buat mereka yang bukan calang-calangnya. Moga anti juga salah seorang daripadanya.."
Hati Aweyn sungguh tersentap, terharu dan macam-macam lagi... syukran kerana sudi mendoakan Aweyn..begitu juga buat kamu.. smoga anda juga salah seorang daripadanya... Ya, Aweyn juga mahu menjadi bidadari.. Bidadari kepada seorang pencinta Ilahi.. Bidadari bukan untuk dunia semata mata tetapi untuk akhirat jua..InsyaAllah..amiin.. Aweyn masih dalam proses muhasabah diri.. mencari identiti diri yang sbenarnya.. kerana hati ini masih merasa ada kurangnya.. ya, kurang dlm mengenali keindahan Islam yg sebenar...semoga cuti ini Aweyn dpt manfaatkn dgn sebaiknya.. InsyaAllah..amiin.. eh, dah panjang tulis baru perasan, sejak bila gunakan nama sebagai gelaran diri..hehe.. x pe lah...malas nak tukar... klah, dah tak tahu nak taip lagi.. sekian..