Ujian
di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa
terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam
diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah,
menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi.
Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini
adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai
hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini
adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan
keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah
supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah
SWT.
Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan. Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan keperibadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahakan kadang-kadang menjadikan rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.Tu je kot. Wassalam. :')